CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat kematian mengejut kucing di pusat rekreasi, disyaki diracun

16-2-2026 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24800| Komen: 6


 


Besut: Pengunjung di Pusat Rekreasi Pantai Air Tawar, di sini, terkejut apabila menemui bangkai tujuh kucing bergelimpangan disyaki diracun.

Pekerja kebersihan, Mazewin Mohamad, 45, berkata, seorang pengunjung yang berjoging di kawasan itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

Katanya, ketika itu dia bersama beberapa pekerja lain sedang melakukan kerja pembersihan di pusat rekreasi terbabit.

"Saya percaya kejadian tidak bertanggungjawab itu berlaku pada Jumaat kerana kami tidak bekerja pada hari kejadian.

"Apabila kami datang bekerja pada pagi Sabtu, pengunjung yang berada di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada kami sebelum kerja pembersihan dilakukan di kawasan terbabit," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan berkenaan tidak wajar dilakukan kerana menganiayai haiwan.

"Sebelum ini banyak kucing berkeliaran di kawasan ini hingga ada pihak yang mengambil inisiatif menyediakan makanan untuk diagihkan kepada haiwan berkenaan.

"Kami terkilan apabila berlaku kejadian seperti ini kerana haiwan itu tidak mengganggu orang ramai yang berkunjung ke sini.

"Sebelum ini ada kucing mati digigit anjing liar dan ada kesan kecederaan pada badan kucing namun bangkai kucing yang ditemui tidak ada sebarang kecederaan luaran," katanya.

Sementara itu, rakannya, Noriza Husin, 40, berkata, kejadian sama turut berlaku sehari sebelum penemuan bangkai terbabit apabila lima kucing termasuk anak kucing ditemui mati di kawasan berkenaan.

Katanya, mereka segera membersihkan kawasan itu kerana bau bangkai kucing yang busuk mengganggu ketenteraman pengunjung beriadah.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah datang ke lokasi untuk membuat siasatan selepas tular video berkenaan di media sosial," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 55 saat berhubung penemuan tujuh bangkai kucing yang dikumpulkan dan diletakkan di laluan pejalan kaki bersebelahan Pusat Rekreasi Pantai Air Tawar.


Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 16-2-2026 12:08 PM
Semoga yang meracun kuching tu akan diliwat tanpa kerelaan oleh negro setiap hari
Quote ninja boy 16-2-2026 01:22 PM
Colour sama mesti ada bapak kawasan atau sumbang mahram
Quote Skuau 16-2-2026 01:26 PM
Yg diharap pusat rekreasi tuk orng ramai.Sekali kucing mai..tu yg marah kot.
Quote supernaturalee 16-2-2026 03:14 PM
Skuau replied at 16-2-2026 01:26 PM
Yg diharap pusat rekreasi tuk orng ramai.Sekali kucing mai..tu yg marah kot.

vera merate




Quote tumpanglalu74 16-2-2026 05:30 PM
Dulu2 orang bunoh dragon.  Bila dah pupos mengade2 nak tengok siap buad drama pakai CGI.
Quote Skuau 16-2-2026 10:45 PM
supernaturalee replied at 16-2-2026 03:14 PM
vera merate

sapa nk mai..asyik nk elak drp pijak 'jerangkap samar'@taik kuceng

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.147708 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top