|
Dengkil: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita Bloomberg sekiranya syarikat media antarabangsa itu gagal menjawab surat tuntutan (LOD) dihantarnya dalam tempoh 14 hari.
LOD berkenaan dihantar berhubung artikel yang disifatkannya sebagai berunsur fitnah yang mendakwa Azam memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan. Azam berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan saman terhadap pihak berkenaan sekiranya tiada tindakan selanjutnya daripada agensi berita terbabit. "Saya sudah hantar LOD dalam tempoh 14 hari kalau dia (pihak Bloomberg) tidak membalas apa yang kami nyatakan itu saya akan teruskan saman sehingga penghujungnya," katanya. Terdahulu, Bloomberg dalam laporannya mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagaimanapun, Azam sebelum ini menegaskan bahawa pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam syarikat berkenaan dibuat secara telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Beliau turut menjelaskan bahawa tiada sebarang perkara yang disembunyikan kerana pegangan saham itu telah diisytiharkan sepenuhnya, malah saham yang dibeli tahun lalu sudah dilupuskan dalam tahun yang sama. Terdahulu media melaporkan, Azam memulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai mengelirukan, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi beliau serta integriti suruhanjaya berkenaan. Dalam kenyataan menerusi peguamnya, Tetuan Zain Megat & Murad, firma itu memaklumkan pihaknya diarahkan untuk memulakan tindakan berkenaan dan mendapatkan segala tindakan yang berkaitan dengan penerbitan itu termasuk tuntutan ganti rugi dan relief lain yang bersesuaian. Sumber: Harian Metro
|
The controversy over MACC chief Azam Baki’s shareholding arose from a Bloomberg report that stated he held 17.7 million shares in Velocity Capital Bhd, or 1.7% of the company’s paid-up capital.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056467 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.