|
BANGKOK – Penduduk wilayah Narathiwat, selatan Thailand digemparkan dengan tujuh letupan pada waktu malam dengan pihak berkuasa mengesyaki serangan bertujuan mencetuskan kekecohan menjelang Ramadan oleh pemisah, lapor portal berita Thaiger.
Letupan pertama berlaku sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) kelmarin apabila bom yang disembunyikan di dalam tong sampah meletup di luar sebuah bengkel berhampiran Hospital Yi-Ngo Chaloem Phrakiat di Moo 7. Timbalan Ketua Siasatan Polis, Leftenan (polis) Borarn Phiteenattananon berkata, beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran bengkel tersebut mengalami kerosakan. Letupan kedua menyusul kira-kira 300 meter dari lokasi awal, dengan bom ditemui diletakkan di dalam tong sampah di luar pejabat ternakan daerah. Satu lagi bom meletup pukul 2 pagi (waktu tempatan) di hadapan kedai membaiki telefon bimbit di kawasan sama. Peranti itu juga disembunyikan dalam tong sampah. Dua letupan lain pula berlaku sebelum subuh berhampiran jambatan dan jalan menuju Yi-ngo Moo 2. Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di lima lokasi kejadian dan melakukan pemeriksaan menyeluruh semalam. Tiada kecederaan dilaporkan. Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua individu yang menaiki motosikal menanam bahan letupan di kawasan semak di tepi jalan. Dua letupan selanjutnya berlaku di daerah Rangae. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pasukan keselamatan meningkatkan rondaan dan sedang menyemak rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek. – AGENSI Sumber: Kosmo
|
piyek92 replied at 16-2-2026 12:16 PM
hati kering orang sana
a4_paper replied at 16-2-2026 01:22 PM
tapi bila sembang ngn org2 sana, puak2 pengganas ni mmg sebolehnya tak kacau org awam. dorg bg war ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.066572 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.