CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBKL sita penjaja air di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

19-2-2026 12:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44244| Komen: 31

 


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka, di sini pada Sabtu lalu.

DBKL berkata, tindakan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Diingatkan Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong.

“DBKL ingin mengingatkan para pengunjung agar tidak membeli daripada penjaja haram supaya kita dapat bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut DBKL, kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan bersih , selamat dan sejahtera untuk dikunjungi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan gerai di kaki lima berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan pemandangan ikon bersejarah itu seolah-olah ‘terganggu’ pada waktu malam.


Menerusi hantaran tular di media sosial, seorang individu memuat naik gambar deretan gerai menjual makanan dan minuman yang beroperasi di hadapan bangunan berkenaan.

Difahamkan, harga minuman mencecah RM7 bagi setiap cawan, dipercayai dipengaruhi faktor lokasi tumpuan serta permintaan tinggi di kawasan berkenaan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SisterHong 19-2-2026 12:21 AM
Meniaga ikut suker ati kepala mak bapak ko.
Bila org buat kerja halau menyalak...merusuh...meraung.
Lepas tu menunggang isu bangsa...heret semua org.
Yihhh..
Quote Blu3butter 19-2-2026 03:35 PM
Yg ni ok la diarg sita. Yg kes Firdaus Wong tu rasa terkilan le juga sbb yg itu bukan atas dasar keuntungan peribadi pun disitanya. Eh takde sapa ke buka benang lagi ek kes tu. Baca dkt efbi siap ada different story dr both sides... Tp still rasa tak patut la
Quote dewi_rina 19-2-2026 03:43 PM
Merepek betul menjual depan tu, siap ada jual cilok hahhaha, ni Malaysia tau bukan Jakarta nak jual2 cilok

Ke kat sana warga asing yg ramai sbb tu jual makanan tu
Quote airfilterkotor 19-2-2026 05:34 PM
Satni ada la yang petik... PBT ni berani dengan penjaja melayu jer.
Tapi kuil haram atas tanah orang tak berani nak usik...
Quote ragazza 19-2-2026 05:57 PM
dewi_rina replied at 19-2-2026 03:43 PM
Merepek betul menjual depan tu, siap ada jual cilok hahhaha, ni Malaysia tau bukan Jakarta nak jual2 ...

Cilok tu cemana rupa bentuk nya
Quote FOTHER-MUCKER 19-2-2026 06:17 PM
Jika tidak di control akan jadi seperti Indonesia.
Quote Purestteam1 19-2-2026 07:49 PM
Blu3butter replied at 19-2-2026 03:35 PM
Yg ni ok la diarg sita. Yg kes Firdaus Wong tu rasa terkilan le juga sbb yg itu bukan atas dasar keu ...

ha ah la.. follow gak isu ni
Quote pengecatbintang 19-2-2026 11:32 PM
airfilterkotor replied at 19-2-2026 05:34 PM
Satni ada la yang petik... PBT ni berani dengan penjaja melayu jer.
Tapi kuil haram atas tanah orang ...

nnt ada ler yg membeyla..

mcm kes Mat Belon tu




Quote kotakbaju 20-2-2026 12:08 AM
Yang meniaga tu orang tempatan ke? Takkan la orang tempatan taktau situ kawasan larangan meniaga. Kot warga asing atau leluhur pasti ya.
Quote Sazreena 20-2-2026 07:34 AM
Yg meniaga pun ramai pendatang so selayaknya la kena angkut. Style rambo. DBKL datang, semua lari berterabur.
Quote beautifulorchid 20-2-2026 07:42 AM
yang niaga tu mesti yindon.. samala photgrafer haram kat klcc tu...malam malam kar dataran tu ramai parent bawak anak main kat padang tu, ada yindon jual atas troley air la mainan terbang terbang la mcm mcm..
Quote dewi_rina 20-2-2026 09:00 AM
ragazza replied at 19-2-2026 09:57 AM
Cilok tu cemana rupa bentuk nya

Mcm bebola lepas tu letak sos


Quote Apoo 20-2-2026 09:32 AM
pengecatbintang replied at 19-2-2026 11:32 PM
nnt ada ler yg membeyla..

mcm kes Mat Belon tu

Kah kah kah.

Teringat pejuang2 abg belon dlm ni. Mana la mamat tu sekrg ni? Kesian dia. Habih madu, sepah dibuang. Mmg taktik parti pas bersatu mcm tu la. Semua isu ditunggang. Bila org dah x minat isu tu, dia cari pula org lain utk ditunggang.

Pakcik yg jln kaki dari johor ke putrajaya pun x dgr cerita dah. Rafidah pun senyap.
Quote Apoo 20-2-2026 09:32 AM
pengecatbintang replied at 19-2-2026 11:32 PM
nnt ada ler yg membeyla..

mcm kes Mat Belon tu

Kah kah kah.

Teringat pejuang2 abg belon dlm ni. Mana la mamat tu sekrg ni? Kesian dia. Habih madu, sepah dibuang. Mmg taktik parti pas bersatu mcm tu la. Semua isu ditunggang. Bila org dah x minat isu tu, dia cari pula org lain utk ditunggang.

Pakcik yg jln kaki dari johor ke putrajaya pun x dgr cerita dah. Rafidah pun senyap.
Quote Apoo 20-2-2026 09:41 AM
pengecatbintang replied at 19-2-2026 11:32 PM
nnt ada ler yg membeyla..

mcm kes Mat Belon tu

Kah kah kah.

Teringat pejuang2 abg belon dlm ni. Mana la mamat tu sekrg ni? Kesian dia. Habih madu, sepah dibuang. Mmg taktik parti pas bersatu mcm tu la. Semua isu ditunggang. Bila org dah x minat isu tu, dia cari pula org lain utk ditunggang.  

Pakcik yg jln kaki dari johor ke putrajaya pun x dgr cerita dah. Rafidah pun senyap.
Quote renko 20-2-2026 09:44 AM
Apoo replied at 20-2-2026 09:41 AM
Kah kah kah.

Teringat pejuang2 abg belon dlm ni. Mana la mamat tu sekrg ni? Kesian dia. Habih ma ...

dah tak laku belon bodoh tu
membodohkan diri sendiri
pastu skang xde sapa peduli
Quote cmf_PariS 20-2-2026 10:13 AM
bagus la dh di halang dari berleluasa.. tmpt tu cantik sgt tlg la jgn di buat niaga mcmtu... rosak pemandangan
Quote cmf_PariS 20-2-2026 10:14 AM
bagus la dh di halang dari berleluasa.. tmpt tu cantik sgt tlg la jgn di buat niaga mcmtu... rosak pemandangan
Quote Dalcott 20-2-2026 10:16 AM
ade je idea nak menjual

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 09:58 PM GMT+8 , Processed in 1.445468 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top