Oleh : Dean BZ
Lelaki kebanyakkannya tidak suka ditanya bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi hal peribadi. Tidak seperti kaum wanita yang lebih suka berborak dan terbuka dalam segenap hal. Ini kerana lelaki cepat melupakan hal-hal remeh dan tidak suka memikirkan hal yang lepas. Sedangkan wanita pula, hal bertahun-tahun lamanya pun masih boleh diingati. Elakkan bertanya 5 soalan ini jika anda baru mula mengenal hati budi seorang lelaki (future boyfriend) : #1- Kisah Cinta Lalu Tak semua lelaki suka "throwback" kisah percintaan mereka. Kebanyakkannya lelaki memang malas nak berceritakan kisah cinta tak menjadi. Jadi eloklah jangan tanya.
#2- Tentang Seks Benar, lelaki sememangnya lebih terbuka bila bercerita soal seks tetapi hanya dengan rakan-rakan mereka sahaja. Jika anda adalah calon isteri atau calon kekasih hatinya, kaum lelaki tidak gemar terlalu terbuka soal seks kerana bagi mereka soal seks untuk isteri adalah apabila selesai turun dari pelamin dihari perkahwinan. Masa tu baru boleh "cerita sepuas-puasnya". #3- Kewangan Soal ini paling sensitif, jangan sesekali terlalu mengambil berat soal kewangannya selagi belum bergelar isteri. Lelaki paling tak suka bila teman wanita sudah mula menyibuk hal-hal perbelanjaan. Biarkan mereka bebas berbelanja, anda boleh menasihati teman lelaki anda tetapi jangan terlalu mengatur apa yang boleh dan tidak boleh dibelanjakan. #4- Tidak Faham Kerjaya Lelaki memang kuat bekerja dan kadang-kadang sampai lupa hendak balik rumah. Jadi, kalau orang tu tengah kerja jangan pula persoalkan kenapa asyik balik lambat dan menuduh mereka melepak dimana-mana. Ini akan buat lelaki rimas dan silap haribulan anda yang "dikerjakan". #5- Siasat Setiap Aktiviti Janganlah nak mengongkong sangat sampai semua benda yang dibuat hendak ditanyakan. Jadi berilah ruang dan jangan sesekali curiga kalau dia nak keluar minum teh bersama rakan. Pokok pangkalnya, beri kebebasan dan PERCAYA. - CARI Infonet. |
13
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT