CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watak ‘Sheila’ buat Sophia Albarakbah depresi

21-2-2026 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36597| Komen: 15

 


Di sebalik pujian ramai, pelakon Sophia Albarakbah mengakui watak wanita yang yang dicurangi suami, Sheila lakonannya dalam naskhah Bisik Asmara membuatkan emosinya terganggu.

Menurut Sophia, menyelami kehidupan Sheila antara faktor emosinya terusik namun bersyukur melihat ramai penonton memuji lakonannya untuk watak tersebut.

“Agak susah juga bila nak bawakan watak Sheila sebab semasa berlakon, kita ada perasaan yang berbeza-beza.

“Watak Sheila ini buat saya rasa ‘down’, mungkin sebab cara hidup dia, seorang guru, hubungan jarak jauh dengan suami, mak dia Alzheimer dan kakak tidak membantu.

“Apabila menjadi Sheila, saya macam depresi tapi tidaklah terganggu sangat atau terbawa-bawa sehingga ke luar set penggambaran tapi bila seorang diri jadi sedih dan ‘down’ sikit, rasa macam tak sedap,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Berkongsi keserasian dengan Zul Ariffin yang melakonkan watak suami kepada Sheila, Sophia mengakui didatangi rasa gerun saat pertama kali berdepan dengan lelaki berbadan kekar itu.

“Keserasian dengan Zul mudah sangat. Mula-mula jumpa dia rasa macam agak intimidasi sebab dia besar dan suara garang.

“Tapi bila dah masuk set, dia tak menakutkan langsung. Sangat kelakar, peramah dan senang nak bekerja,” ujarnya.

Selain Sophia dan Zul, naskhah arahan Jamal Khan tersebut turut dibintangi Uqasha Senrose, Arash Mohamad, Aleza Shadan dan Ruminah Sidek.

Drama tersebut kini hangat menjadi bualan ramai susulan jalan ceritanya yang meledakkan kemarahan ramai iaitu suami yang curang terhadap isterinya dan menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja.  

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-2-2026 10:31 AM
Awat dlm photoshoot lawa.. tapi dlm sedutan lakonan dlm threads mcm besyer2 jahh?
Quote selipar_hijau 22-2-2026 12:20 PM
"Keserasian dengan Zul mudah sangat. Mula-mula jumpa dia rasa macam agak intimidasi sebab dia besar dan suara garang"


gituh agak intimidasi, zul baik la dgn wanita
Quote red_velvet 22-2-2026 01:37 PM
Edited by red_velvet at 22-2-2026 01:40 PM

Tak logik betul ruminah sidek yang umur 80an jadi mak pada anak2 yang umur 20an & early 30s. Agaknya ruminah sidek dalam citer ni kawin umur 45 tahun lah kot.. Dapat anak Sulung pun nak masuk umur 50.. Kalau Kate nenek sesuai la jugak... 20 tahun lebih yang lalu dengan pierre Andre kepam pun dia jadi opah.. Dengan peah barkoba yang lawo pulak jadi emak walau kedut tak boleh iron
Quote IzzahF 22-2-2026 03:56 PM
bahaha b4 menopos tu sempat beranak ya




Quote pocongkiutss 23-2-2026 02:55 AM
red_velvet replied at 22-2-2026 01:37 PM
Tak logik betul ruminah sidek yang umur 80an jadi mak pada anak2 yang umur 20an & early 30s. Agaknya ...

Mungkin mak tiri..ruminah bini pertama apak barkobah
Quote BoongaKertas 23-2-2026 09:35 AM
mcm comel plak iols nengok sheols dgn esbok.
Quote hayati_hassan 23-2-2026 10:33 AM
iolls tunggu last episod mcm mana
kalu berpihak kpd sheila baru layan episod dr mula
lalu kat vtt pun dh buat aku stress nengoknya
Quote AuntyZaza 23-2-2026 11:26 AM
Best ke cerita ni?
Quote noor2 23-2-2026 11:32 AM
Menjiwai sgt watak suami isteri dan penyondol sampai boleh sentuh pegang2...
Quote Incanto 23-2-2026 11:34 AM
red_velvet replied at 22-2-2026 01:37 PM
Tak logik betul ruminah sidek yang umur 80an jadi mak pada anak2 yang umur 20an & early 30s. Agaknya ...

ya ke ruminah sidek jadi mak peah n nadia brian? anak dia IRL Adlin tu dah  boleh jadi bapak Peah



lawak betul casting drama melayu

kdg kdg  mak sebaya anak, ni terlebih tua pulak
Quote missbigrockstar 23-2-2026 12:19 PM
red_velvet replied at 22-2-2026 01:37 PM
Tak logik betul ruminah sidek yang umur 80an jadi mak pada anak2 yang umur 20an & early 30s. Agaknya ...

Lah aku tak tgk drama ni. Aku tgk senarai pelakon dalam article atas tu. Mati² aku ingat aleza shahdan jadi mak dia and ruminah sidek ialah nenek dia
Quote telracs 23-2-2026 12:23 PM
red_velvet replied at 22-2-2026 01:37 PM
Tak logik betul ruminah sidek yang umur 80an jadi mak pada anak2 yang umur 20an & early 30s. Agaknya ...

Haah kan...

Emak saya umur 82 tahun...
Anak bongsu (adik saya) pun dah umur 47 tahun...

Anak sulung saya (kiranya cucu kepada emak saya), umur 32 tahun...

Tapi... dah nama pelakon kan...

Umur 30-an pun ada yang masih bawa watak remaja sekolah menengah...
Quote telracs 23-2-2026 12:30 PM
missbigrockstar replied at 23-2-2026 12:19 PM
Lah aku tak tgk drama ni. Aku tgk senarai pelakon dalam article atas tu. Mati² aku ingat aleza sh ...

Kalau tak silap, Arash tu jadi bapak Uqasha, yang bercerai dengan Aleza (emak Uqasha) tapi episod 1 dialog "i" "you" "you yang paling i sayang" "i sentiasa sayang you" "you sentiasa di hati i" ... kengkonon nak buat penonton tertanya-tanya... clise sangat dah...

Kalau memang omputih, biasa je...
Tapi, drama Melayu, nampak la canggung...
Quote sarah_ary2 23-2-2026 12:33 PM
red_velvet replied at 22-2-2026 01:37 PM
Tak logik betul ruminah sidek yang umur 80an jadi mak pada anak2 yang umur 20an & early 30s. Agaknya ...

hahahahahah aiols dhn kengkawan discuss agaknya mak dia kawen dgn mat salleh tue anak mixed mixed
Quote brainbiru 23-2-2026 12:35 PM
Lalu lalang kat feed aku drama ni... kenapa zularipin cakap mcm jantan stim? Turn off lah nak tgk selanjutnya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.281697 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top