CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak tikam ibu direman tujuh hari di hospital

21-2-2026 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36354| Komen: 8

  


KUALA PILAH – Wanita berusia 50an yang ditahan selepas menikam leher ibunya sendiri dalam kejadian di Kampung Segineh, Inas, di sini semalam direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, reman dibuat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) oleh Majistret Tampin, Mohamad Redza Azhar Rezali.

“Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan, namun, reman dibuat di hospital susulan suspek mengalami masalah kesihatan mental untuk rawatan serta tindakan lanjut.

“Reman dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 Februari ini. Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo melaporkan, seorang warga emas berusia lingkungan 80an cedera di leher selepas ditikam anak perempuannya sendiri dalam kejadian di Kampung Segineh, Inas malam tadi.


SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 22-2-2026 07:18 AM
Ada bisikan je suh tikam ibu, kes yg 5 org tu pun reda lagi, kes baru pulak yg muncul
Quote midori888 22-2-2026 07:36 AM
apalah masalah mereka...umur pun dah dekat nak jadi warga tua, mak pun dah 80an...
Quote mejaputih 22-2-2026 08:34 AM
makin ramai kes anak tikam ibu...
Quote Blu3butter 22-2-2026 10:40 AM
Seram la hai mcm2 hal skrg.... Byk sgt masalah mental yg sampai tahap membunuh. Apa le nak jd
Quote cmf_almondpecan 22-2-2026 08:10 PM
mejaputih replied at 22-2-2026 08:34 AM
makin ramai kes anak tikam ibu...

Sebagai orang yang kenal rapat beberapa mangsa dera ibu, mungkin sakit mental yang terbina sepanjang kena dera tu belum terubat atau dipendam saja seperti mana tipikal orang belah2 Asia. Kalau mat salleh, saya tengok, banyak pergi therapy. Budak stress dengan homework pun ada therapy tersendiri.
Quote tumpanglalu74 22-2-2026 09:46 PM
Ini dah kronik ni.  Aku rase negare diserang hantu tikam..  Dia pegi merasok merate2.  Gile betol.. kalo betol la.

Dah berape kes tikam dah ni masok taon 2026??

Ni salah Illuminati ke ape????
Quote zehra2 23-2-2026 07:52 AM
biasa ler mulut org tua.. tp kot mmg dah lama memendam, tu yg anak pun dah tak sabar.
Quote Kitty_catz 23-2-2026 08:42 AM
mmg ramai ongiler skang

nak tengok senang je

pi join threads.. ramai merempan2 mcm ongiler

tak masuk pemintak sedekah QR, abes smua nak mintak sponser, anak nak mkn rembayung pun mintak sponser

fomo pun ramai... tu yg sanggap sanggup beratuq beli baju raya kain linen ratus2 pakai sekali duer.. dr beli baju tu baik kome sign up gym membership noks.. yg beratoq tu mcm kena puasa 2,3 tahun


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.326902 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top