CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tendangan makin kuat tiap hari, walau saya sedang tidur’ - Eyka Farhana

21-2-2026 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38629| Komen: 18

 


Teruja bayi sulung dalam perut aktif menendang, pelakon Eyka Farhana menyifatkan momen itu sebagai satu pengalaman yang paling indah dalam hidupnya.

Ujar Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, pengalaman tersebut memberi kehangatan dan kebahagiaan tiada tara, terutama ketika sedang berehat malam hari.

“Masya-Allah tabarakallah. Tendangan bayi semakin kuat setiap hari. Walaupun ketika saya sedang tidur, bayi tetap aktif.

“Saya pun tak tahu bagaimana nak gambarkannya. Ini adalah perasaan paling indah pernah saya rasai. Ya Allah, terima kasih atas perasaan ini.

“Alhamdulillah atas kurniaan ini. Mama dah pun sayangkan kamu lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata,” katanya dalam Threads.

Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan doa untuk keselamatan ibu dan bayi.


“Seronok kan perasaan itu bila bayi menunjukkan kehadirannya dalam perut. Rasa macam dunia ini indah sungguh. Semoga bayi sihat dan sentiasa dilindungi,” tulis seorang peminat.

“Bahagia tengok Eyka, moga semuanya lancar hingga hari bersalin,” komen seorang lagi pengikutnya.

Sebelum ini, bintang filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu mengumumkan kehamilan sulungnya, namun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025.  



SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 21-2-2026 11:25 PM
Tahniah ,,,,
Quote cempakaa 21-2-2026 11:58 PM
Tahniah! Cute je
Quote epuepy 22-2-2026 12:38 AM
Tahniah. Time baby nendang2 tu rasa comel Sgt. Tp get ready bile dh start masuk toddler. kdg rasa nk tendang keluar rumah bile diorg tk behave
Quote vender 22-2-2026 04:50 PM
Selalu confuse dia ni dgn sweet qismina. Baca tajuk mcm teringat dia ni yg ttc, terkejut tiber perut dah besar. Tahniahla. Org cantik kecik tak nampak 31 pun..
Quote evlinne 22-2-2026 05:27 PM
Perlu ke photoshoot gambo dugong terdampar tu?
Nasib lawooo
Quote imanjannah 22-2-2026 06:33 PM
Oo dh mengandung ye, alhamdulillah
Quote pocongkiutss 22-2-2026 06:35 PM
epuepy replied at 22-2-2026 12:38 AM
Tahniah. Time baby nendang2 tu rasa comel Sgt. Tp get ready bile dh start masuk toddler. kdg rasa nk ...

Iols dulu baby jarang tendang.. menyebabkan iols asik la fikir ok ke dia kt dlm ni..dh keluar..fasa toddler ni..suka benor menendang..aa mak stress
Quote hmmlantakko 23-2-2026 12:40 AM
penampakan areolas sheolss ke tu? hmmmm
Quote aint 23-2-2026 05:52 AM
cantik jelita Eyka ni...
Quote tapirbiru 23-2-2026 06:03 AM
seksi dia ni takde gaya org isley
Quote azimodin 23-2-2026 10:33 AM
Bayangan headlamp 2 ketul.. pusat lagi. Muka & body lawa.. tapi sayang bakalan jadi modal kat reddit ni
Quote tembamgirl09 23-2-2026 12:23 PM
epuepy replied at 22-2-2026 12:38 AM
Tahniah. Time baby nendang2 tu rasa comel Sgt. Tp get ready bile dh start masuk toddler. kdg rasa nk ...

dekah
Quote AuntyZaza 23-2-2026 12:45 PM
wah tahniah,pregnant dah. sure baby comel
Quote sweetfasha 23-2-2026 12:50 PM
comel je eyka ni suka tengok.. muka dia bersih sungguh
Quote red_velvet 23-2-2026 01:31 PM
Dah pregnant baru nampak sexy. Kalau tak sekeping je cam budak skolah
Quote bedahmenjuyah 23-2-2026 02:32 PM
evlinne replied at 22-2-2026 05:27 PM
Perlu ke photoshoot gambo dugong terdampar tu?
Nasib lawooo

Exactly apa iols fikir. Cantik tp pose dugong le pulok. Dah la sexy!
Quote menjad 23-2-2026 02:35 PM
Gaya meminta jerrrr
Quote Blu3butter 23-2-2026 02:47 PM
Tahniah...
Bersedialah.. kalau dlm perut pun dah aktif tak reti duduk diam. Nnt keluar besok gitu le juga ragamnya. Terbarai rumah dgn lasaknya tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.315175 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top