CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim dimasukkan ke hospital akibat keletihan

21-2-2026 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40833| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong dimasukkan ke hospital hari ini.

Menurutnya, beliau dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor selepas berminggu-minggu sibuk bekerja.

“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina. Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika.

“Saya akan kembali dalam tempoh terdekat. Lebih kuat. Jalan terus. Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sementara itu, media melaporkan, seorang pegawai Steven Sim ketika dihubungi pemberita memaklumkan, menteri itu dipercayai mengalami keletihan melampau.

Beliau dipetik berkata, keadaan Steven Sim tidak serius dan keluarganya mahu menteri berkenaan diberi ruang untuk berehat sepenuhnya. 

SUMBER – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 23-2-2026 09:31 AM
iols xtau kenapa tp iols mcm ada soft spot kat pakcik ni.
Quote supernaturalee 23-2-2026 12:04 PM
43 dh umur dia


Quote BeskotCekelat 23-2-2026 04:29 PM
Ahli poltik tak kena dakwa pun boleh masuk hospital?
Quote BeskotCekelat 23-2-2026 04:30 PM
Ahli politik tak kena dakwa pun boleh masuk hospital?
Quote moskau12 23-2-2026 04:36 PM
kalau masuk hospital memang kena pakai penutup kepala tu? ingatkan kalau yang kena buat pembedahan je
Quote wirazam 23-2-2026 05:32 PM
dia puasa juga tu...itu yg letih..
Quote Decaffeinated 23-2-2026 05:54 PM
Istilah Bahasa Inggeris nya apa eh? Macam pelik pulak letih boleh sampai masuk hospital.
Quote nw111 23-2-2026 08:02 PM
Dia ni mmg keje kuat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.267999 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top