|
CEF selebriti, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam menerima kecaman hebat daripada netizen susulan perkongsiannya yang mempertikaikan tindakan segelintir pekerja mahu pulang awal sepanjang bulan Ramadan. Chef Zam, 56, meluahkan rasa hairan terhadap situasi tersebut serta mempersoalkan alasan di sebalik keinginan untuk menamatkan waktu kerja lebih awal. "Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula? "Nak memasak untuk katering bisnes ke?," katanya. Chef Zam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan menyifatkan pandangan cef berkenaan kurang sensitif terhadap situasi pekerja yang berpuasa. Rata-rata netizen tampil memberikan pandangan balas dan mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran oleh majikan untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan. "Belas ihsan bos bagi balik awal bukan sebab nak masak sahaja, ini bulan puasa. Mungkin ada yang kurang bertenaga dan perlukan rehat. Ada juga kerja jauh balik rumah ngam-ngam waktu berbuka. "Majikan redflag. Alhamdulillah bos saya balik awal sejam dari biasa, pukul 4 sebab dia pun berkeluarga dan tahu rutin bulan puasa ini macam mana. "Jenis tak pernah kerja ofis, biarlah," tulis netizen. Sementara itu, hasil tinjauan mStar mendapati hantaran yang dimuat naik oleh Chef Zam itu dipercayai telah dipadamkan. SUMBER – mStar |

hyie replied at 22-2-2026 01:35 PM
alah betul je la apa dia cakap tu, netizen je yang kuat sentap. Dia berseloroh je, sesambil tujukan ...

hyie replied at 22-2-2026 05:35 AM
alah betul je la apa dia cakap tu, netizen je yang kuat sentap. Dia berseloroh je, sesambil tujukan ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.360325 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.