CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Ingatkan mengigau, rupanya gempa bumi’ - Penduduk Kota Kinabalu

23-2-2026 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13173| Komen: 0

 



PETALING JAYA – “Ingatkan mengigau, rupanya gempa bumi”

Itu antara reaksi spontan pengguna media sosial selepas satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 tengah malam tadi.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai penduduk di sekitar Kota Kinabalu dan Labuan turut merasai gegaran berkenaan.

Seorang pengguna Threads, @Ky.alnn meluahkan rasa terkejut terkejut apabila katilnya bergegar secara tiba-tiba ketika sedang tidur.

“Korang tadi ada gempa bumi ke? Aku ingat setan mana dah goyangkan katil aku!”

Seorang lagi pengguna, @Ultraofficialhq berkata dia menyangka dirinya mengigau sebelum menyedari berlaku gegaran sebenar.

“Ingtkan saya mengigau, rupanya betul-betul ada gempa bumi pula,” katanya.

Turut meluahkan kebimbangan ialah @Nisa_rinaa yang mendakwa gegaran kali ini dirasai lebih kuat berbanding gempa bumi yang melanda Sabah pada 2015.

“Ya Allah sampai Labuan juga terasa. Macam mana la keadaan family di sana ni? Belum ada respon, saya dengar sampai berlarian orang keluar dari rumah,” katanya.

Terdahulu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer dikesan kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.440544 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top