|
BERN – Sebuah jenama fesyen mewah menerima kritikan pengguna media sosial kerana menjual baju dengan cetakan kesan ‘terbakar seterika’ pada harga AS$1,139 (RM4,400), lapor stesen penyiaran NDTV. Dinamakan White Ironing Burn Graphic Shirt, baju itu dijual oleh Vetements yang berpangkalan di Switzerland. Pakaian tersebut menampilkan corak grafik seperti kesan hangus akibat seterika pada poket. Pengguna media sosial terkejut apabila baju tersebut dijual pada harga AS$1,139 kerana ia menyerupai barang yang rosak. “Ibu saya boleh reka corak ini secara percuma,” kata seorang netizen. – AGENSI Sumber :– KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.400556 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.