CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Jangan tertipu dengan sarung tangan hitam peniaga bazar - Public Health Malaysia (PHM)

23-2-2026 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12453| Komen: 1

 


PETALING JAYA – “Jangan tertipu dengan sarung tangan hitam. Kalau sarung tangan pegang makanan, pegang duit, pegang kain lap, itu bukan bersih, itu pindah kuman dari satu benda ke satu benda”.

Demikian pesanan oleh Public Health Malaysia (PHM) mengenai ‘tanda-tanda’ yang perlu dielakkan ketika mengunjungi bazar Ramadan.

Menurut PHM, bahaya (penyediaan makanan) selalunya tidak kelihatan kerana ia sering dilihat sebagai perkara kecil yang biasa dilakukan.

“Kita ingat cirit-birit sebab makanan pedas atau salah angin. Tapi banyak kes bermula dengan perkara paling kecil, kain lap hitam, tangan yang sama, ais yang kotor, barang kemas besar yang memerangkap kotoran.

“Kalau tengah hari makanan dah siap terhidang, itu tanda ia dah lama terdedah suhu bilik. Bila lama sangat, bakteria mudah membiak dan makanan yang nampak elok boleh jadi punca cirit-birit malam nanti,” pesan PHM di media sosial.

Keadaan tong ais juga tidak seharusnya dipandang ringan menurut PHM kerana jika berdaki, ais pun boleh menjadi pembawa kuman.

“Kalau anda sayang perut sendiri dan anak-anak, pilih gerai yang masak depan mata, makanan ditutup dan ais dari tong bersih.

“Tangan berasingan untuk duit dan makanan, kain lap diganti selalu, dan peniaga tak kendali makanan dengan cincin dan gelang besar,” tambah PHM.


Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 23-2-2026 10:54 AM
betul depan mata aku pakai glove hitam buat angkat kain buruk lap2 lepas tu pi pegang makanan bagi costumer...pengotor

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.560203 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top