|
Pelakon Nora Danish berkongsikan nasihat yang dikongsikan oleh rakan selebritinya, Neelofa mengenai amalan doa harian. Menerusi perkongsian di Threads, Nora berkata pesanan yang dititipkan luar biasa mengingatkan untuk berdoa agar masuk ke syurga. “Hajjah Neelofa selalu berpesan supaya jangan lupa berdoa untuk masuk ke syurga Allah. Masya-Allah, pesanan itu sangat menyentuh hati. Kita bukan hanya minta masuk syurga, tetapi mohon agar dapat memasuki mana-mana daripada lapan pintunya. “Antara jalannya melalui sedekah, puasa, berbakti kepada ibu bapa, menunaikan haji, menahan marah, menjaga solat, berzikir dan berjihad di jalan Allah,” katanya. Nora turtu sama-sama bergoa agar berdoa dengan penuh keyakinan serta bersangka baik dengan Allah serta dipermudahkan untuk terus istiqamah. “Jom kita sama sama Doa dengan YAKIN ok. Bersangka Baik dengan Allah. Semoga Allah Permudahkan jalan kita untuk terus Istiqomah menuju ke Syurga Firdaus,” tulisnya. Sumber :– Rotikaya
|
Perawankota: Dia ni walaupun bertudung, masih suka amik gambar kaki terkangkang2, mata masih merenung..
L.U.S.M replied at 23-2-2026 10:47 AM
Neelopak punya pesan yg ko ingat?alahai ..Allah dgn Nabi dah lama pesan xingat pulak
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043321 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.