CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Doktor Minta Keluarga Standby, Ya Allah Tolong…” – Amyza Aznan

23-2-2026 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16547| Komen: 72

 



Pelakon Amyza Aznan memohon doa orang ramai buat anaknya, Andre Mikhail yang kini sedang dirawat di hospital. 

Menerusi perkongsian di Insta Story, Amyza memohon ikhtiar selain rawatan perubatan untuk membantu anaknya. 

 
 

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya.

“Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiarkan dengan apa sahaja perubatan. Tolong.

“Sesiapa yang pandai perubatan jarak jauh ke apa saya perlukan bantuan anda sekarang,” katanya.


 


Sementara itu, Amyza turut memaklumkan doktor menasihatkan keluarga agar bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Doktor minta keluarga stand by. Ya Allah tolonglah kepada sesiapa yang bijak dalam bidang selain hospital. Tolong saya malam ini (Ahad),” katanya. 

Tahun lalu anak sulungnya, Andre disahkan kanser paru-paru tahap tiga.


Sumber :– Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-2-2026 12:02 PM
Ya Allah. Hancur luluh hati aku baca kisah anak2 sakit ni.moga Amyza tabah
Quote whimsicalmusic 23-2-2026 12:02 PM
sedihnya. semoga dipermudahkan urusan. kalo da smpai ajal semoga tidak tersiksa hmmm
Quote noor2 23-2-2026 12:05 PM
Doktor minta keluarga stand by. Ya Allah tolonglah kepada sesiapa yang bijak dalam bidang selain hospital. Tolong saya malam ini (Ahad),” katanya.


Hanya kepada Allah saja . Berdoa bnyk2, apa pun terjadi kuatkan hati kepada Allah. Maaf ini saja yg dapat diucapkan..
Quote Farnor 23-2-2026 02:16 PM
Semoga cepat sembuh wahai adik Andre Mikhail.. Moga ada keajaiban Allah sembuhkan penyakitnya aamin.
Quote dua_chzy 23-2-2026 02:19 PM
Edited by dua_chzy at 23-2-2026 06:22 AM

Let him go, Amyza. Tengok warna kulit pun tau memang dah nak pergi.

Takziah. Kesian Amyza. Antara artis tanahair paling malang, macam2 nasib buruk menimpa (korang ingat lagi kan kes rumah dia kena pecah masuk, dia hampir dirogol segala?).

Anak kedua pun sakit. Takda apa boleh buat kecuali kuatkan semangat.
Quote red_velvet 23-2-2026 02:30 PM
Semalam birthday Andre mikhail Rupanya.. Allahuakhbar.. Berat mata memandang berat LG Bahu memikul..

1000435411.jpg

Dan status ni, tahu rasa gundah, kecewa, helpless.. Tpi semoga redha lah, kita semua tahu Seganas ape cancer boleh merebak.. Tak ada sorang doktor pun yang harap pesakitnya mati..

1000435413.jpg


Amyza cari perbuatan alternatif.. Boleh percaya ke bedah2 batin gini..? Semoga takde yg ambik kesempatan lah charge beribu2..

1000435415.jpg


Quote ninja boy 23-2-2026 02:35 PM
Kalau dah tertulis x boleh elak pun
Quote pocongkiutss 23-2-2026 02:39 PM
Ni anak dia yg leh nyanyi lagu mariah carey tu ke? Besar dh rupanya..kesian
Quote Blu3butter 23-2-2026 02:42 PM
Kalau ditakdirkan usianya tak panjang harap reda lah.. sangap itu yg terbaik sbb itu lebih baik dari dia terus tersiksa menanggung kesakitan dan kesedihan

Bercakap mmg mudah tp sampai satu masa nnt hati akan akur ttgnya. Semoga jgn ada yg mengambil kesempatan... Tgk mmg terdesak sgt ni
Quote lanacondor 23-2-2026 02:49 PM
Kalau ada sesiapa kat mekah boleh tolong kirimkan doa.. kalau ajal dah sampai pon biarlah pergi dengan tenang.. semoga Allah angkat segala kesakitannya dan diberi kekuatan buat keluarganya.. Aamiin..
Quote afie_m 23-2-2026 02:58 PM
Semoga amyza redha ..
Quote imanjannah 23-2-2026 02:59 PM
Allahhhh.. Mudahkanlah urusan mereka
Quote haruno_sakura 23-2-2026 03:02 PM
Moga dikurniakn kesembuhan dn dipermudahkn urusan
Quote Dalcott 23-2-2026 03:23 PM
smg dipermudahkan urusan
Quote rayna_raynes 23-2-2026 03:27 PM
pocongkiutss replied at 23-2-2026 02:39 PM
Ni anak dia yg leh nyanyi lagu mariah carey tu ke? Besar dh rupanya..kesian

Bukan. Tapi yg nyanyi mariah carey tu pun baru diagnosed cancer jugak
Quote helicornia 23-2-2026 04:20 PM
dua_chzy replied at 23-2-2026 02:19 PM
Let him go, Amyza. Tengok warna kulit pun tau memang dah nak pergi.

Takziah. Kesian Amyza. Antara a ...

Dari mula kawin, ada pompuan kacau rumah tangga dia. Masa tu belum ada istilah penyondol.nasib baik rumahtangga dia bole selamat
Quote helicornia 23-2-2026 04:22 PM
Kami hanya mampu berdoa utk adik andre.semoga amyza tabah dgn dugaan ini
Quote Purestteam1 23-2-2026 04:27 PM
semoga cepat sembuh/recovery dan tiada musibah berkaitan lagi dimasa mendatang..amin ya Allah
Quote BungaKencana 23-2-2026 04:31 PM
dua_chzy replied at 23-2-2026 02:19 PM
Let him go, Amyza. Tengok warna kulit pun tau memang dah nak pergi.

Takziah. Kesian Amyza. Antara a ...

pglmn i berhadapan dgn org yg da nk pergi ni, kulit mereka mcm sng tertanggal kalau diusap2..pastu arwah bapak i meninggal kaki dia dah start sejuk & buat geli2 dkt tapak kaki pun tak respon.. tak lama lps tu dada arwah perlahan2 berhenti turun naik bernafas..

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.369118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top