Oleh Adib ZA Penduduk Pontian gempar apabila mendapati kehadiran seekor ikan paus di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah.
Kehadiran ikan paus sepanjang kira-kira 20 meter (40 kaki) dan seberat tiga tan itu dikatakan berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi Isnin sangat mengejutkan pengunjung di situ. "Kami dapati ikan paus itu tidak dapat bergerak kerana tersangkut disebabkan air surut. Kemungkinan paus itu sesat setelah mengikut arus air pasang. "Ini merupakan kali pertama kes ikan paus dilaporkan terdampar di Pontian," terang Komander Operasi dari Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan. "Ini kali pertama saya melihat ikan paus di kawasan pantai di sini. Memang pelik kerana ikan sebegini hanya boleh ditemui di kawasan beriklim sejuk," ujar seorang nelayan. - CARI Infonet Sumber: Bernama
|
langlobat replied at 9-2-2016 08:58 AM
Bukan setakat jawa sahaja terdampar di pontian. Ikan paus pun teringin...
famri7 replied at 9-2-2016 09:01 AM
Habisla..dah la ummah berkerak java jakun..mesti siap berselfie kepam.
peynoLegend replied at 9-2-2016 10:17 AM
kami bangsa johor sentiasa mendahului.
negeri lain ada paus terdampar?? hadoo??
Vermicelli replied at 9-2-2016 10:25 AM
orang lain mana tahu betapa much effort seekor ikan paus seperti ini harus tempoh merentasi lautan ...
peynoLegend replied at 9-2-2016 10:26 AM
kena rujuk ketua operasi bomba
Jummat Sailan
peynoLegend replied at 9-2-2016 10:33 AM
Seorang nelayan Ariss Karim, 54, berkata, ikan paus itu dilihat berlegar-legar di tengah laut berdek ...
ADVERTISEMENT