Oleh : TS LOo
Sebelum ini, ada 'viral' yang tersebar luas di laman sosial berhubung isu seorang ‘cikgu’ wanita yang memperlekeh kaum adam yang tidak bergaji besar dan kini terdapat pula seorang perempuan yang menghina lelaki yang berkerja di sektor kilang. Sewajarnya menyedari laman sosial itu merupakan medan untuk apa saja isu boleh dijadikan ‘viral’ atau terkenal, masih lagi mahu mengeluarkan kenyataan panas yang mampu mengungkit kemarahan kaum lelaki khususnya.
Dengan menggunakan nama samaran ‘Awan Dania’ di laman sosialnya, netizen tersebut menyifatkan lelaki yang bekerja di kilang merupakan golongan kelas terendah atau 'low class'. Dia turut mendakwa hanya golongan terencat sahaja yang kerja di kilang dan tidak layak untuk dirinya. Agaknya individu berkenaan tidak tahu menahu atau tak terfikir langsung lelaki-lelaki yang kerja dalam semua jenis kilang itu terdapat juga yang berjawatan pengurusan yang berpendapatan tinggi seperti manager, supervisor, ketua bahagian dan banyak lagi jawatan-jawatan tinggi. Agaknya anggapan perempuan tersebut mereka yang kerja di kilang hanya terdiri daripada pekerja 'kolar biru' yang bertugas di bahagian produksi atau 'production line'. Sesungguhnya itu, golongan terbabit sebenarnya amat penting dalam usaha memastikan pengeluaran sesebuah kilang sentiasa di tahap yang maksimum. Jangan sesekali memperlekeh punca rezeki atau menghina pangkat darjat seseorang tak kisahlah lelaki mahupun perempuan, akhirnya nanti kita semua sama sahaja dibalut dengan kain kapan dan tanam di lubang kubur yang kedalamannya 7 kaki dan lebarnya 3 kaki. Harus diingat, dalam dunia ini tiada pekerjaan yang dianggap kelas tinggi atau kelas rendah mahupun sederhana, semua pekerjaan sewajarnya dijalankan dengan cara yang halal agar pendapatan yang diperolehi boleh membawa berkat buat seseorang itu termausk ahli keluarganya. - CARI Infonet |
14
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
37
Sedih |
22
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bebeng replied at 16-2-2016 12:56 PM
Pala hotak diee,mudah2an ko bjodohan ng mat gian dekkk
ADVERTISEMENT