CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kafe Siber Punca Remaja Hanyut?

16-2-2016 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4981| Komen: 10

Oleh Adib ZA



Sememangnya anak-anak adalah pemangkin masa depan negara. Untuk membentuk mereka ke arah kebaikan, bukan satu tugas yang mudah. 

Para ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa berada di landasan yang betul.

Sedih bila membaca luahan seorang netizen ini. Dia terpaksa masuk ke kafe siber kerana tidak dapat menggunakan laptop miliknya yang rosak.

Di situ, dia berasa tersentuh melihat anak-anak muda seperti berada dalam dunia sendiri, leka bermain permainan online di komputer masing-masing.

Bermain 'games' sudah tentu tidak salah, namun jika ia berlebih-lebihan sehingga melupakan pelajaran sudah pasti ia bukan satu perkara yang bagus.


Ditambah pula dengan tiadanya pantauan ibu bapa dalam hal ini. Anak-anak seolah terbiar melakukan apa sahaja sesukanya.

Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)



Netizen ini berasa sedih kerana anak-anak ini juga bercakap menggunakan bahasa yang kasar dan lucah. Seperti sudah sebati dalam diri mereka.

Di manakah ibu bapa mereka ini? Adakah mereka tahu apa yang sedang dilakukan oleh anak mereka?

Benarlah kata-kata netizen ini yang memetik madah oleh Saidina Ali r.a

"Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini." 

Semoga anak-anak ini masih tidak terlambat untuk dibentuk, menjadi seorang individu yang boleh berbakti kepada ibu bapa mereka, keluarga, agama dan bangsa. - CARI Infonet
1

Bagus

Marah

Terkejut
11

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 16-2-2016 02:55 PM
Edited by sabar_sabariah at 16-2-2016 03:04 PM

takyah pegi cc, kat memane pon even dlm forum ni pun perkataan yg deklasifikasikan sbg "kasar dan lucah" tu lah yg dok diratib kat mulut sesaje bila ada yg nak menyumpah seranah ke apa.
Quote ALWAYSREDA 16-2-2016 04:35 PM
Pada pendapat saya, perkara ini seperti tidak dapat dibendung tanpa perancangan dan kerjasama yang baik antara ibu bapa disatu2 kawasan perumahan itu, kerana sedia maklum dengan keadaan ekonomi yang begitu menghimpit kos kehidupan sekarang..ini memerlukan kedua ibu bapa harus bekerja untuk menampung sara hidup.
Dengan itu terlalu banyak kelonggaran dan kebebasan ada pada anak2 untuk meluangkan masa mereka tanpa kekanggan permerhatian. kadang-kala ada juga yang dapat galakkan ibu-bapa itu sendiri, untuk memastikan mereka mengetahui dimana anak2 mereka akan berada, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Yang pastinya masa kini tidak semua kawasan perumahan mempunyai persatuan penduduk yang betul2 perhatin dan kuat untuk mendokong tanggungjawap mengadakan aktiviti riadah ataupun sukan untuk memupuk anak2 ini kearah yang lebih berfaedah.
Begitu nyata sekali, kawasan perumahan untuk golongan sederhana yang dibina masa kini, kurang atau tiada langsung samaada padang bola ataupun gelanggang sukan serba-guna...dari gelanggang bola keranjang boleh guna untuk gelanggang futsal dan ada petak dan tiang yang boleh pasang tanggal untuk badminton ataupun takraw. Dan persatuan penduduk juga tidak sepakat menempatkan dewan yang specific dengan peralatan sukan seperti meja pingpong ataupun tempatkan jaringan wifi dimana anak2 boleh berkumpul melayari internet dan bermain permainan online sesama mereka dengan lebih terkawal, ini adalah kerana kemudahan talipon bimbit seperti keperluan asas pada anak2 masa kini.
Ini hanyalah pendapat dan pemerhatin dari saya sendiri.
Quote AGSA 16-2-2016 05:15 PM
eleh..taah2 si update status dlu2 pon mcm tu jgk...kejutan budaya aganya dia ni...
Quote Emperor95 16-2-2016 05:28 PM
saya adalah seorang games.
Quote Artemesiaa 16-2-2016 05:34 PM
Bukan benda baru pun dah bertahun dah benda ni berlaku.  Zaman sekarang ni kebanyakan mak pak sibuk kerja anak2 tak ada yg pantau dapat duit ke CC le mereka.
Quote Mary_jane 16-2-2016 06:11 PM
Ala sis pergi cc melayu memanglah nampak kanak2 muslim jek. Cer pergi cc chinese, pun sama sis. Dorang lagi power main game tau. Yang leka sangat tu besar sok tau lah they all bahagikan masa.
Quote tarmizey 17-2-2016 06:32 AM
buat duit free..http://YouthToEarn.com/?ref=257771
Quote LingTong1999 17-2-2016 07:19 AM
Nak main DOTA 2 ni
Quote Fenrizasia 17-2-2016 12:19 PM
elok la tu  main games dari duk merempit ngan bohsia
Quote giyomi 17-2-2016 01:26 PM
o what, yg ko g cc sb apa, sb laptop rosak, cuba klu tak rosak, mungkin sibuk main game atau tgk drama2 cinta. Tak payah lah nak mengaku diri tu bek sgt. Cuba ko g tgk tpt snooker n tpt mesin kuda, lg ramai ummah kita. Benda ceninilg memudaratkn bangsa kita.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062028 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top