CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saya Sepatutnya Tolong Dia Tapi Sebaliknya Dia Tolong Saya

18-2-2016 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 9238| Komen: 24


Oleh : Fyruz Hanna

Melalui kehidupan di kota pastinya semua serba pantas. Tambahan pula demi mengejar kepantasan tersebut, banyak kaunter-kaunter ditukar dengan mesin elektronik.

Bagus memang bagus, namun apabila tidak berurusan dengan manusia, dan hanya mesin, pastinya ada satu ketika anda akan melalui pelbagai pengalaman yang mungkin manis dan juga tak kurang mencabar.


Begitu yang dilalui oleh Nurul Syahidah Ramli yang berkongsi cabarannya untuk menaiki bas sewaktu pulang dari kerja yang mengharungi cabaran dan mengharapkan ada yang sudi membantu...

Jom baca: 

Pertama kali keluar air mata dalam bas dikelilingi orang ramai. Terpaksa buat-buat sibuk pandang ke luar.

Dalam dompet saya cuma ada rm10. Saya dah niat awal-awal nak tukar duit di kaunter lrt.
6.28pm saya keluar dari pejabat berjalan ke stesen kerinchi. Tunggu bas macam biasa nak balik ke rumah. (Ada yang pernah tanya kenapa tak bawa kereta, tapi sanggup bersesak dengan makcik-makcik cleaner, dan orang asing. Tak apa saya ada sebab saya)

Tiba-tiba saya nampak bas di simpang jalan, sy genggam rm10 dan tak fikir panjang, terus naik. Ayat pertama saya tanya dengan driver bas, "Ada duit kecik tak? Saya tak ada". Dia geleng tanpa senyum dan sy mintak izin untuk duduk dulu dan tanya dengan penumpang lain. Memang semua pandang saya. (Memang terus rasa kenapa tak senyum? Huhu)

"Akak, ada duit tukar tak?". Saya sempat tanya kepada 2 orang kiri kanan saya. "Tak ada". Sambil terus main telefon.

Saya teruskan buka satu persatu zip beg kerja. Doa-doa ada duit atau syiling. Tak jumpa. Tapi depan mata saya, saya sempat nampak pakcik ni bukak dompet dan cari-cari duit. Dia buta atau tak berapa jelas penglihatan. Either one.

Saya angkat kepala, pakcik yg tua ini yang hulurkan rm1. Sedekah untuk saya sambil suruh masukkan dalam box duit. Saya pandang dia terharu dan malu. Padahal, dia yang lebih perlukan duit. Saya hulur rm10, dia tolak.

Hilang letih sakit saya bila pakcik hulurkan duit. 

Pakcik, insyaAllah depan kaabah, saya doa semoga Allah beri barokah dan syurga buat pakcik.

Betul, tak tunggu awak sihat dan kaya baru nak bersedekah. Ihsan sesama manusia kan wujud. -CARI Infonet.












 
26

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 18-2-2016 12:55 PM
Terkesan...
Quote izabellemylia 18-2-2016 01:07 PM
insapppp...
Quote jerukkedondong 18-2-2016 01:33 PM
Zaman bljr dulu iols pun ada pengalaman mcm ni..sampai skrg iols jadi sangat rapat dgn keluarga pakcik yg tolong tu...dah mcm secara pulak..
Ironi nya...jika niat kita baik/ikhlas pastinya org yang baik/ikhlas jg Allah datang kan utk bersama kita..
Quote haryatie 18-2-2016 01:47 PM
Edited by haryatie at 18-2-2016 01:48 PM

kalau naik bas biasa jerk jumpa kes mcam ni..
tp kdg2 ada driver yg prihatin dia x masukkan semua duit dlm bekas tu
jd penumpang boleh tukar
tp ada jugak driver yg cpt mrah2..penumpang kena marah@dia langsung x kasi naik
biasa kalau terjumapa kes mcam ni org da terdesak aku hulur kalau ada
x minta balasan pun
kdg2 aku juga guna bas ada terjumpa akk OKU (bisu)
klau nmpak aku dia suka tegur aku dgn bahasa isyaratnya..wpun kdg2 aku blur
semlm aku naik bas dia da ada...aku duk kt belakang tiba2 laju jerk dia pindah duk kat aku
dia sembang2 ..da mcam ayam dgn itik..mana la aku faham bahsa isyarat dia..
ntah apa dia ckp aku ingat dia tnya umur aku bape
aku jwb lain...hahaha..pastu dia kuarkan tisu dgn pen
dia tulis nk pinjam rm5 nak buat tmbang bas
nnti gaji dia bayar..aku ckp jerk ambil sja x yah bayar..seciput jerk pun
aku halalkan dunia akhirat..
pdhal aku bukan selalu jumpa dia pun..sesekali jerk
sdgkn dia hari2 balik dgn bas dgn org yg sama dr putrajaya ni
Quote rosasen 18-2-2016 02:26 PM
Semoga pakcik dirahmati olehNya...
Quote comel91 18-2-2016 02:58 PM
orang sebegini sbnrnye yang tahu kesusahan.. orang yg bernasib baik je yang tahu.. Allah rahmatilah pakcik ni.. huhu walaupun penglihatan tak jelas... tp hati cukup ikhlas mmbantu
Quote chinta89 18-2-2016 03:10 PM
mata aku masuk habuk.


paling terkesan bab sibuk main telepong tuh.

org skg mmg tak de adab, kalau g mana2 pun, kalau tangan tak petik tepong tu mmg mati ke ape? duk bcakap ke, org mtx tlg ke, bsama family ke, asik ngn fon jah. x paham aku.
Quote Mary_jane 18-2-2016 03:29 PM
Baiknya pakcik. Terharu baca kisah ni. Moga kita dikelilingi orang2 baik macam pakcik.
Quote ajinomotonosuga 18-2-2016 03:59 PM
gilaaaa terharuuu...aku nangis sampai banjirrrrr bilik tidoq aku haaa..sedihnyaaaaaaa isk isk iskkk.niii dok nangis lai nih...ingus banyok kuo eeiiii
Quote caplimau 18-2-2016 04:10 PM
semoga pakcik sentiasa sehat
Quote BungaTepiMeja 18-2-2016 04:42 PM
tersentuh dengan kisah ni.. bagusnya pakcik
Quote cmf_Kimmy 18-2-2016 05:02 PM
selalunya orang yg dtg memberi pertolongan adalah orang yg kita tak sangka........
Quote bottombikini 18-2-2016 07:11 PM
masok abok pulak mate tetengah makan kacang ni....
Quote Kyairey 18-2-2016 07:47 PM
: kat sini cuma boleh buat komen je? Ahli Cari tak boleh bebas buat forum pos sendiri ke? Macamana caranya?
Quote yasinfi 18-2-2016 11:06 PM
kadang naik bas u tk sedekah pun takpa..tp kalau nampak orang tua, wanita pregnant..budak2...bangun la..bg depa duduk..mereka lebih berhak utk duduk ...awak yg sihat..balik rumah duk puas2
Quote MissMamamia75 19-2-2016 07:15 AM
Mulia sungguh hati pakcik itu...smoga dilimpahkn rezeki di bumi Allah ini...tacing sungguh kisah ini...huhu
Quote cucuq 19-2-2016 09:42 AM
bagus pak cik ni...moga dimurahkan rezeki pak cik ni..
Quote mamacute1 19-2-2016 10:12 AM
aku biase jumpa pakcik ni kat shah alam.. skrg ni da x nmpk sbb aku da pkai kete.. hihi
Quote BabyOnEarth 19-2-2016 10:34 AM
Iols dlu pun pernah keluar air mata dalam bas dikelilingi orang ramai. Bukan sebab ada orang tolong iols, tp sebab keliling iols sume pendatang asing bangla nepal, masa tu menyesal sgt main masuk je bas tak tgk keliling

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.278407 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top