Oleh : Fyruz Hanna Jika kamu tertanya-tanya mungkin sebaiknya kamu fikir sejenak, masih lagi boleh dikatakan kita di ambang awal tahun, agak-agak siapa kawan kita yang sarkastik dan memang menyampah jika bersama dengan mereka. Bagi mereka yang malu atau penyegan, baru masuk kerja baru atau memang tidak biasa bercampur dengan manusia kalangan 'unik' iaitu sarkastik ini, anda harus tahu kenapa mereka ini ada bagusnya. 1. Kawan sarkastik boleh tingkatkan kreativiti anda untuk berfikir
Terima kasih kepada kawan anda kerana sebenarnya dia bantu anda untuk lebih kreatif semasa interaksi. Ini kerana kajian yang dijalankan mendapati individu yang terdedah dengan situasi ini akan berinteraksi dengan lebih pantas dan meransang bahagian kreatif otak anda. Dalam bahasa mudah, anda tak hanya terima 'sarkastik' statement, anda juga tahu membalas. 2.Kawan sarkastik bantu anda untuk jadi lebih terbuka Selalu menjadi 'bahan' sarkastik rakan anda, anda sudah terbiasa dengan situasi dimalukan. Lama-lama anda akan tertawa sendiri dengan 'statement' sarkastik rakan anda. 3. Mereka bina cinta-cita buat anda Tahukah anda. Pablo Picasso berjaya dengan Les Demoiselles d’Avignon kerana menyampah dengan 'musuh' Henri Matisse? Jadi nampak tak dalam pada anda menyampah sebenarnya anda tanam dalam diri untuk menjadi lebih berjaya. 4. Jadikan kamu seorang mudah bergaul Walaupun masa kini banyak orang menggunakan media elektronik untuk berhubung, tetapi biasa kan kadang-kadang kita salah tafsir mesej tersebut? Mereka yang biasa dikelilingi kawan yang sarkastik tahu batasan dan ia memudahkan kamu untuk bergaul. -CARI Infonet. |
10
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf:    Edited by mbhcsf at 19-2-2016 04:42 AM  hahahahhaahhahahahhhahahahcool thread...okay - actually sarcasm  or humour is higher order function , tau so ...
ADVERTISEMENT