CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syabas nafi terima peruntukan Kerajaan Selangor

11-7-2013 04:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5737| Komen: 23

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menjelaskan bahawa kerajaan Negeri Selangor tidak pernah memberi sebarang peruntukan kewangan kepadanya bagi melaksanakan program perbelanjaan modal sejak bermulanya konsesi itu pada Januari 2005 sehingga sekarang.

Menurutnya, keseluruhan kos perbelanjaan modal (Capex) tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Syabas melalui dana dalamannya sendiri, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan, tanpa sebarang sumbangan dari kerajaan negeri Selangor.

"Dengan pelaksanaan program air yang tiada hasil (NRW), Syabas telah berjaya menurunkan kadar NRW daripada 42.78 peratus semasa sistem pengagihan air diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor kepada 31.18 peratus pada September 2008 apabila SYABAS mengambil alih pengurusan mulai 1 Januari, 2008," demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimana pun, program kerja dan usaha Syabas seterusnya bagi mengurangkan kadar NRW telah terbantut atas arahan kerajaan negeri Selangor yang membekukan kelulusan program Capex Syabas sejak 2008, kecuali program yang sangat kecil dan kritikal dan akibatnya kadar NRW tidak dapat dikurangkan lagi dan hanya dapat dikawal oleh Syabas sekadar lebih kurang 33 peratus sehingga hari ini.

Syabas mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM784 juta kepada Syabas bagi mengurangkan kadar NRW.

Sejak mulanya konsesi pada bulan Januari 2005 sehingga 30 April 2013, Syabas telah membuat pelaburan lebih RM2.578 bilion bagi melaksanakan pelbagai program Capex untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem agihan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan tujuan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna. 

15

Bagus
7

Marah
16

Terkejut
5

Sedih
15

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ruhanizza 11-7-2013 03:51 PM
syabas bg aku mmg kejam dan zalim  mase sehari sebelum puasa (hari selasa), boleh pulak dia kunci  pili air kat flat aku. siap bawak polis (yelah kot , mebi takut org pukul)  . padahal rumah aku mmg bayar air setiap bulan.sebabkan ade org lain x bayar kat flat tu, semua org tak ade air. padahal meter individu, ape bengong sangat dorang ni.
Quote pakwetizzaqyah 11-7-2013 03:52 PM
dah nama pun swasta ko nk kerajaan punya duit apa lg?
Quote izamahmed 11-7-2013 03:54 PM
ruhanizza posted on 11-7-2013 03:51 PM
syabas bg aku mmg kejam dan zalim  mase sehari sebelum puasa (hari selasa), boleh pulak dia ku ...

sampai camtu? semua kena kunci?
ni mengundang marah ni
Quote shiro82 11-7-2013 03:56 PM
ruhanizza posted on 11-7-2013 03:51 PM
syabas bg aku mmg kejam dan zalim  mase sehari sebelum puasa (hari selasa), boleh pulak dia ku ...

mcm mana meter individu boleh kene kunci pulak???...lain la meter pukal kene kunci itu silap rukun tetangga tu la tak bertanggungjawab sama2 bayar bill.
Quote tebuanharimau 11-7-2013 03:59 PM
gaji Rozali mcm ne plak?
Quote leylapple 11-7-2013 04:05 PM
tebuanharimau posted on 11-7-2013 03:59 PM
gaji Rozali mcm ne plak?

itulah...patutnya gaji dia tu blh disalurkan ke dalam CAPEX and OPEX syabas...baru blh ucap syabas pada dia
Quote gaara_X 11-7-2013 04:11 PM
Gaji CEO dia pun banyak melampau.....
Quote ruhanizza 11-7-2013 04:15 PM
shiro82 posted on 11-7-2013 03:56 PM
mcm mana meter individu boleh kene kunci pulak???...lain la meter pukal kene kunci itu silap rukun ...

dia x kunci meter individu, die kunci pili air yg sambungkan air ke semua org dlm flat ni. kitaorang mmg  x pakai meter pukal. iols x taulah macamana org syabas ni berpikir.  x kesian ker kat orang yg [penat puasa , angkut air kat tingkat bawah(dia ade sediakan tong besarlah) .  padahal minggu sblum tu , dia dah potong air dah sape yg x bayar air. last2 suma org kena. mungkin ramai org x bayar lagi kot, tp x patutlah buat gtu huhuhu.
Quote ruhanizza 11-7-2013 04:17 PM
izamahmed posted on 11-7-2013 03:54 PM
sampai camtu? semua kena kunci?
ni mengundang marah ni

mmg marah giler ngan dorang, nak makan pun bapak iols kate kena beli pinggan kertas la. kang nak cuci pinggan kena pakai banyak air plak.
Quote shiro82 11-7-2013 04:24 PM
ruhanizza posted on 11-7-2013 04:15 PM
dia x kunci meter individu, die kunci pili air yg sambungkan air ke semua org dlm flat ni. kitaora ...

ko ada call syabas komplen x? laki aku pernah gayut 2 jam degan celcom centre pasal derang x mo sambung line laki aku padahal tunggak x sampai 10 ringgit. last2 derang mengalah.... ko ada hak harus la komplen. salah org lain ko tanggung.
Quote orgkpg 11-7-2013 04:33 PM
pakwetizzaqyah: dah nama pun swasta ko nk kerajaan punya duit apa lg?


bacala dulu.. syabas cuma nafikan yg kenyataan Khalid tu jer... khalid kata Kerajaan negeri selangor ada bagi peruntukan, tapi syabas kata xder... xder isunya syabas mintak duit kat kerajaan...
Quote kakikuDibibirmu 11-7-2013 04:38 PM
CEO memang gaji tinggi lah, mana-mana kampeni pun, tu pun nak jelly
Quote ruhanizza 11-7-2013 04:42 PM
shiro82 posted on 11-7-2013 04:24 PM
ko ada call syabas komplen x? laki aku pernah gayut 2 jam degan celcom centre pasal derang x mo sa ...

iols x call lagi.mungkin malam ni kot klau  x ok lagi.
Quote izamahmed 11-7-2013 05:58 PM
kalau terima pun takpe.
kalau untuk rakyat.
Quote straycat 11-7-2013 06:17 PM
orgkpg posted on 11-7-2013 04:33 PM
bacala dulu.. syabas cuma nafikan yg kenyataan Khalid tu jer... khalid kata Kerajaan negeri sela ...

Kat bawah-bawah tu mcm ada bau-bau nak salahkan kerajaan selangor kenapa nrw diorang tinggi. Kononnya before kerajaan selangor tukar, diorang dptkan turunkan nrw :-p
Quote Al-Patih 12-7-2013 07:46 AM
Syabas mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM784 juta kepada Syabas bagi mengurangkan kadar NRW.


telah membuat peruntukkan ....bangang punya Syabas ...belum kasi lagi .....
Quote Anak_Nogori 12-7-2013 08:47 AM
kenapa Khalid tak balas balik kenyataan Syabas ini?...ke memang kerajaan Selangor tak pernah bagi?..
Quote leni 12-7-2013 09:20 AM
Al-Patih posted on 12-7-2013 07:46 AM
telah membuat peruntukkan ....bangang punya Syabas ...belum kasi lagi .....

terima kasih krn highlight statement mcm ni....statement ni dah byk kali pak khalid guna....statement blur..org ingat nak bagi...rupanya baru ckp jerr...bukan nak bagi pun...statement gula2.....

sultan pun tau perangai ex ceo ni....nasib baik jadi gak pakai MB.....dah hampir tak jadi dah hari tu....
Quote Al-Patih 27-10-2013 08:38 PM
Menurutnya, keseluruhan kos perbelanjaan modal (Capex) tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Syabas melalui dana dalamannya sendiri, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan, tanpa sebarang sumbangan dari kerajaan negeri Selangor.

@Acong   DAP persoal pinjaman mudah selamatkan Syabas

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=762682


ialah tu ...dana dalaman, pinjaman bank, pinjaman dan geran dari kerajaan persekutuan ...



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.177541 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top