CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak semestinya juri datang dari latar seorang cikgu – Syafinaz Selamat

6-8-2026 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 431| Komen: 3

 



“Tidak semestinya juri perlu menjadi (datang dari latar belakang) seorang cikgu.”

Demikian kata guru vokal dan penyanyi Datuk Syafinaz yang berpendapat individu duduk di kerusi juri mana-mana pertandingan tidak semestinya perlu menjalankan tugas sebagai guru dan perlu mengajar para peserta ketika memberi komen.

Menurut Syafinaz, juri juga tidak semestinya perlu memberi komen secara teknikal sebaliknya boleh mencari ‘angle’ lain berkaitan persembahan para peserta.

“Adakalanya mungkin bahasa teknikal agak sukar untuk disebut kerana bukan sesuatu yang digunakan dalam pertuturan harian.

“Tapi kita boleh ambil input dari pengalaman barisan juri muda seperti di Big Stage Rocketfuel. Sebenarnya, kadang-kadang saya sendiri pun ada orang komen sebab cakap terlalu teknikal dan sukar untuk faham.

“Jadi untuk juri, mungkin perlu fikirkan ‘angle’ tertentu untuk dikupas kepada para peserta yang bertanding. Tak akan nak cakap benda sama setiap minggu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia berkata, setiap juri juga perlu melakukan sedikit ‘research’ dalam pelbagai elemen termasuk muzik, persembahan, penyampaian emosi, tarian dan bagaimana cara bawa diri atas pentas kepada para peserta.

“Macam saya sendiri yang sudah bertahun-tahun jadi juri, adakalanya saya pun tidak tahu apa lagi nak cakap kepada para peserta sebab sudah beritahu semua.

“Contohnya, ada perkara yang sudah cakap pada pertandingan lain kemudian program lain pula perlu komen isu lain.

“Kadang-kadang kita kena ulang benda yang sama cuma isu macam perkara asas seperti berkaitan muzik, pitch, tempo dan semua itu memang tak boleh nak lari,” jelasnya.

Sebelum ini, kemunculan Syafinaz menjadi juri jemputan dalam program Big Stage Rocketfuel minggu lalu mendapat pujian ramai kerana memberi komen berbentuk mengajar kepada para peserta bertanding. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottombikini 6-8-2026 06:53 PM
dia bagi hint ada prog baru nak jemput BA jadi juri kah
yikes...
Quote tumpanglalu74 7-8-2026 08:21 PM
Dari kaler lipstik dah tau sebijik macam haku.  Pompuan2 mahal & tak layan zantan je suke kaler camtu.  Dah suku abad aku menjande..
Quote alesandra 7-8-2026 08:57 PM
aisha retno not bad gak jadi juri..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.029466 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top