CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perancis, Arab Saudi setuju bina taman tema Dragon Ball Z bernilai hampir RM30 bilion di Paris

25-8-2026 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3375| Komen: 5|Original author: rastaf


Screenshot 2026-08-25 153346.png


PARIS: Perancis dan Arab Saudi mencapai persetujuan untuk membangunkan sebuah taman tema berkonsepkan manga bernilai €6 bilion (RM28.2 bilion) berhampiran Paris, menurut Istana Elysee pada Isnin sempena lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, ke ibu negara Perancis itu.

Projek yang diinspirasikan daripada dunia francais manga dan anime Jepun popular, Dragon Ball Z, akan dibina berhampiran Cergy-Pontoise di barat laut Paris dan dijangka mewujudkan kira-kira 22,000 peluang pekerjaan.

Menurut penasihat Presiden Perancis, Emmanuel Macron, idea pembangunan itu tercetus selepas Macron dan Mohammed bin Salman menyedari mereka berkongsi minat yang sama terhadap Dragon Ball Z ketika lawatan Macron ke Arab Saudi pada tahun 2025.

Kumpulan hiburan dan pelaburan Arab Saudi, Qiddiya, akan membiayai projek berkenaan yang juga sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi mempelbagaikan ekonominya daripada kebergantungan kepada minyak serta memperluaskan pengaruh global dalam industri rekreasi dan hiburan.

Setakat ini, tiada tarikh pembukaan diumumkan bagi projek yang dijangka menjadi antara pembangunan taman tema terbesar di Eropah itu, dengan kerja pembinaan dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.

Mohammed bin Salman, yang memiliki sebuah istana kecil atau chateau berhampiran Paris sedang melakukan lawatan rasmi luar negara yang jarang berlaku dan turut muncul bersama Macron pada majlis penutupan Esports World Cup di Paris pada Ahad.

Pegawai Perancis menyifatkan projek Dragon Ball Z itu sebagai bukti negara tersebut terus menjadi destinasi pilihan pelabur asing.

Namun, beberapa butiran penting mengenai pembangunan berskala besar itu, termasuk pelaksanaan tiga taman tema berbeza dalam satu projek, masih belum dimuktamadkan. - Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 25-8-2026 03:44 PM
Lebai PAS bila nak buat taman Tema Dragon Ballz kat Serambi?
Quote plywood 25-8-2026 08:32 PM
knp anak salman ni labur duit yang dibelanjakan jemaah haji bilion2 untuk buat tempat hiburan spt taman dragon ball... haha.. begitu juga dengan gaji pemain bola, bagi jutaan duit gaji kepada pemain bola....
Quote Decaffeinated 25-8-2026 10:34 PM
plywood replied at 25-8-2026 08:32 PM
knp anak salman ni labur duit yang dibelanjakan jemaah haji bilion2 untuk buat tempat hiburan spt ta ...

fakta ka ni?

Quote jiwarasa 26-8-2026 08:51 AM
B40tastePosh: Lebai PAS bila nak buat taman Tema Dragon Ballz kat Serambi?


walanon je suka taman2 tema ni

Quote plywood 26-8-2026 11:44 AM

pertanyaan yang bagus...

aku tengok dari jauh shj, maksudnya bukan dari sumber yang datang dari analisisi ekonomi, tp berdasarkan pemerhatian.. rasanya statement spt ini adalah kontroversi untuk gov arab saudi yg ada imej kegiatan agama yang kuat.. memang tak akan keluar..
jadi, kalau nak kata betul2 ada direct link, tak adalah ... tapi

cuba tengok gaji pemain bola arab saudi..


mcm mana liga arab saudi mampu bayar juta-juta duit kepada pemain bola...



perbandingan jumlah penonton antara liga bola arab saudi dengan epl.. jauh sangat beza..


perbandingan harga tiket liga arab saudi dengan epl..


kalau semata-mata duit minyak kenapa negara2 arab lain tak ikut sedangkan sama-sama kaya minyak... ? jwpn masih mungkin ya mungkin tidak.. disini, masing-masing ada kesimpulan sendiri, tapi aku lebih cenderung untuk kata, sumber pendapatan dari jemaah haji ini adalah sebab utama kenapa kerajaan arab saudi bayar gaji mahal kepada pemain bola dlm liga mereka...




Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.036404 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top