Oleh Adib Za Anda mempunyai anak gadis yang montel dan tembam? Namun, ingat ya, jangan sesekali melabel anak anda itu sebagai gemuk atau terlalu gemuk.
Ini kerana ia boleh mendorong dia menjadi gemuk ketika dewasa nanti. Jika pun anda bertujuan untuk memberi nasihat, elakkan memanggilnya si gemuk atau debab dan sebagainya. Ini kerana adanya kajian yang dijalankan oleh A. Janet Tomiyama dari University of California mendapati sering dipanggil gemuk membuatkan anak gadis cenderung menjadi seperti itu apabila dewasa. Kajian itu mengambil 2,000 orang peserta di kalangan anak gadis berusia 10 tahun. Perkembangan mereka ini diteliti selama 9 tahun. Hasil yang didapati, remaja yang sering dipanggil gemuk ketika kecil mendapat stigma tersebut dan berasa malu dengan berat badannya. Ini menyebabkan mereka menerima impak negatif secara fizikal mahupun mental.
Lebih menyedihkan, ungkapan gemuk, debab, dan sebagainya datangnya daripada ahli keluarga sendiri. Pelabelan ini meningkatkan risiko sehingga 60 peratus menjadi gemuk ketika dewasa! Oleh itu, elakkan memanggil panggilan kurang baik pada anak-anak anda. Nasihatilah mereka dengan baik dan hikmah. - CARI Infonet |
11
Bagus |
22
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
diarimerah: Aku semasa remaja pernah tampar budak yang ejek aku gemuk...puas hati aku...
ADVERTISEMENT