CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Akak! Mak Cik! Hentikan Segera Mencabut Atau Mencukur Bulu Ketiak

26-2-2016 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11214| Komen: 31


Oleh : Dean BZ


Bermacam cara yang dilakukan untuk menghilangkan bulu ketiak antaranya dengan kaedah mencukur, mencabut atau menggunakan krim penghilang bulu. Namun tahukah anda mencabut bulu ketiak akan mengakibatkan kesan berbahaya pada kulit ketiak dan kesihatan anda.

Bulu yang terlalu lebat dan sering tumbuh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri dikalangan wanita apabila berada ditempat umum. Golongan wanita juga akan merasa malu jika memiliki bulu ketiak panjang dan lebat lebih-lebih lagi jika dilihat oleh golongan lelaki. 

Oleh kerana dengan kaedah menggunting bulu ketiak lebih mempercepatkan lagi pertumbuhan bulu berbanding kaedah mencabut, maka ramai wanita memilih kaedah mencukur atau mencabut untuk melambatkan proses pertumbuhan bulu ketiak.


Menurut Dr. Therese Bevers, mencukur atau mencabut bulu ketiak dapat mengakibatkan terjadinya luka kecil pada pori-pori ketiak. Pori-pori ketiak akan semakin membesar dan ketika anda sering menggunakan  deodorant yang juga mengandungi bahan kimia, kimia tersebut sangat mudah menyerap ke kulit. Hal ini membuatkan toksin akan tertumpu di sekitar payudara dan seterusnya boleh mengakibatkan kanser.


Dr. Therese juga menyatakan bahawa bulu ketiak sebenarnya berguna untuk melindungi ketiak dari toksin yang berada di bahagian ketiak. Untuk maklumat,  ketiak mempunyai kelenjar limfa yang memudahkan pemindahan toksin masuk ke payudara dan organ-organ lain.

Jika anda sering mencabut atau mencukur bulu ketiak, eloklah gunakan kaedah menggunting supaya tidak melukai kulit ketiak. Namun jangan sesekali membiarkan bulu ketiak anda tumbuh terbiar kerana selain memghasilkan bau kurang senang, kuman juga akan membiak dengan cepat. 

Sebarkan pada keluarga, kenalan mahupun teman wanita sebelum terlambat. Ubah sekarang! - CARI Infonet.




Sumber :  kesehatanwanita.web
13

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 26-2-2016 04:38 PM
bistu nk biarkan je ke mcm ni
Quote ajinomotonosuga 26-2-2016 04:40 PM
Buat afro pun apa salah nyaaa
Quote CARI-HBZ 26-2-2016 04:41 PM
manehnya: bistu nk biarkan je ke mcm ni


gunting lah..jangan biar
Quote HibinoSama 26-2-2016 04:43 PM
Tlg la jgn dgr nasihat tu..x senonoh pompuan berbulu ketiak..

Taktau la klu ada suami yg sanggup bini simpan bulu ketiak
Quote afieyra 26-2-2016 04:44 PM
Kak.Nah.Bosan replied at 26-2-2016 04:39 PM
kak nah bakar je dik.. habis cerita

hakhakhak..kalau bakar ,bau hangit plak kak nah oi..

Quote fifie_olin 26-2-2016 04:48 PM
gunting la plk...adehhhh
Quote Dwdrum 26-2-2016 04:51 PM
Wax lambat growth
Quote epysha 26-2-2016 04:54 PM
kalau serai wangi takpela..
Quote Mary_jane 26-2-2016 05:04 PM
Kalau gunting pun still berambu ramba la jawabnya bebulu tu. Kepam plak nanti dah lah panas je cuaca skang ni.
Quote pittjie 26-2-2016 05:07 PM
sib baik akak tak de bulu ketiak. tiga pat lai je tu consider tak de la kan.
Quote misscendol 26-2-2016 08:09 PM
Kalau yg jenis keturunan cina berkemungkinan susah nk tumbuh.tp kalau xshave xcantiklah
Quote amyza 26-2-2016 09:33 PM
Pompuan,elokle ketiak licin
Quote anakmak 26-2-2016 09:33 PM
biarkan jer... sexyyyy
Quote matchstick 27-2-2016 01:04 AM
gile lah nk gunting..kena tgu panjang baru bulih gunting. kalu pendek nt tergunting ketiak pulok. naya jah.

cukur aje lah. jgn pakai deodoran. cari alternatif lain x mo kasi tiak bau.
Quote dakewa 27-2-2016 08:44 AM
Selalu wax jah. Bila tumbuh pun halus2 jah.
Kalau cukur, nak tumboh tu, dia punya gatai lain macam haihh.
Quote BelovedTaeyeon 27-2-2016 09:54 AM
Edited by BelovedTaeyeon at 27-2-2016 09:55 AM

Kalau lelaki cukur misai dan janggut camana lak?

Kan lepas tu letak after shave.

Kanser payudara gak ke?
Quote myralolx92 27-2-2016 10:39 AM
wax lg better kot. tp iols shave je.
Quote Jerambut 27-2-2016 10:40 AM
kira ni nak cerita pasal kanser berpunca dari deoderan.
Bukan pasal shave, gunting, cabut mahupun tebas.

Asasnya kau buat la apa pun, jangan guna deoderan.
Takut bau? Guna alternatif lain. Limau ke, tawas ke, apa ke.
Quote cmf_blingblings 27-2-2016 04:02 PM
letak foam Vit

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064612 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top