Oleh : Dean BZ
Percubaan Lindsey Russell, 25, iaitu seorang pengacara program kanak-kanak Britain untuk merentasi Laut Ireland menggunakan sebuah bola udara gergasi gagal disebabkan perubahan cuaca. Dia yang mengacarakan rancangan Blue Peter di rangkaian televisyen BBC berjaya menyeberang sejauh 27 daripada 33 kilometer jarak laut antara Ireland Utara dan Scotland dalam sebuah ‘bola zorb’ selebar tiga meter untuk program amal, Sport Relief. Bermula dari pelabuhan Donaghadee, Ireland Utara pada awal pagi Khamis lalu dengan harapan untuk sampai di perkampungan Portpatrick, Scotland sekitar 12 ke 15 jam kemudian. Namun, perubahan cuaca yang dilihat meningkatkan risiko percubaan tersebut telah memaksa penganjur membatalkan program tersebut dan menghantar sebuah bot untuk membawa Russell ke darat.
“Cabaran Sport Relief ini sangat sukar dan mengharungi Laut Ireland dalam sebuah bola zorb itu sendiri satu pencapaian besar,” kata seorang jurucakap BBC. Tambah Jurucakap BBC itu lagi, Russell 'selamat dan terbaik' walaupun cabaran terbaru beliau berakhir tidak lengkap.– Agensi/CARI Infonet |
41
Bagus |
21
Marah |
26
Terkejut |
33
Sedih |
24
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT