Oleh Adib ZA
Biasanya, banyak komen dan juga kutukan terhadap 'misi' atau staf kesihatan di hospital kerajaan. Namun, penulis terpanggil untuk berkongsi bukan satu, namun dua status di laman sosial yang keduanya dari pihak berbeza, namun tujuan yang sama. Satu status yang dimuat naik oleh seorang doktor, menunjukkan bagaimana seorang staf kesihatan yang dirinya sendiri bukanlah dalam keadaan sihat, tetap melakukan kerjanya dengan baik. Dengan kapsyen berbunyi, "Contoh pengorbanan staf kesihatan yang tidak akan orang viral kan...MC pun kerja.." Persoalannya bagi 'kaki viral', adakah anda akan menyebarkan gambar tersebut, atau terus sahaja mengutuk itu dan ini terhadap pihak hospital khususnya?
Begitu juga dengan status kedua ini yang didapati daripada seorang netizen. Dia bukanlah sesiapa orang penting dalam industri kesihatan negara. Namun, tampil ke hadapan untuk bercerita pengalaman menakjubkan ketika berada di salah sebuah wad. Ceritanya cukup dengan mesej yang sangat jelas, bagaimana staf kesihatan dan pegawai kesihatan tetap bekerja penuh berdedikasi meskipun mereka bukanlah sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas. Jom, apa kata hari ini kita sebarkan perkara baik agar banyak aura positif yang kita hasilkan bukan sahaja pada diri kita, malah semua orang. - CARI Infonet |
10
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
8
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
swimswim: Boring. Keje pejabat biasa pun ada je yg dtg keje  lewat mlm time mc
swimswim replied at 29-2-2016 01:58 PM
Boring. Keje pejabat biasa pun ada je yg dtg keje lewat mlm time mc
rioster replied at 29-2-2016 04:08 PM
Yang pastinya bukan kau. Mcm gud2 je
ADVERTISEMENT