Oleh Fyruz Hanna Simpati dengan surat yang sering salah dan dihantar ke rumahnya, Atien Farhana memuatnaik foto surat terbabit di laman Facebook. Bersama beberapah foto yang dimuatnaik, disertakan kapsyen kepada sesiapa yang mengenali emak budak ini tolonglah, kesian budak ini rindu sangat kepada maknya, posmen dah berapa kali hantar surat budak ini ke alamat rumah saya, saya sudah tidak tahu hendak buat apa, tolonglah share,”. Hasil penelitian surat ini dikirim dari Sekolah Hensry Gurney Telok mas, Melaka berdasarkan cop sekolah pada alamat tersebut.
Assalamualaikum, kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya..Amin.. Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah. Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin. Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak? Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini. Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik. Mak, abah macam mana? Adik rindu sangat pada abah. Abah rindu tak pada adik? Entah-entah abah tak ingat siapa dah adik ini kan? Mak, adik minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik harap abah maafkan adik. Mak, Kak Ida macam mana? Adik rindu sangat pada dia. Kirim salam pada Kak Ida tau. Adik Husna pula macam mana? Sihat tak? Bahagia tak? tentulah bahagia kan? Mak, sampai sini saja yang adik dapat tulis untuk mak. Lain kali adik tulis surat lagi. Mak jangan lupa pos gambar dan hantar surat pada adik tau. Adik tunggu tau. Mak, kirim salam pada semua **********adik tau. Terimalah peluk cium dari a****. I love you family 9 Bulan Lagi Sayu hati bila baca dan bertambah sayu apabila mengetahui surat ini tak sampai kepada ibunya. Diharap dengan panjangnya perkongsian ini ada yang mengenali ibu kepada kanak-kanak ini. -CARI Infonet. Sumber: Atien Farhana
|
16
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT