Penyanyi Bila tidak pernah menggunakan pengaruh nama bapanya, pemain bes kumpulan Wings iaitu Eddy untuk menaikkan karier nyanyiannya selepas program Akademi Fantasia yang disertainya pada tahun lalu berakhir. Bila atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi, 20, berkata, dia mahu mengecap kejayaan atas usahanya sendiri dan bukannya bergantung harap kepada populariti bapanya semata-mata. "Hakikat yang tidak dapat saya ubah adalah dia adalah bapa saya dan akan terus dibayangi olehnya kerana kami mempunyai pertalian keluarga. "Tetapi saya tidak pernah menggunakan pengaruhnya untuk meningkatkan karier nyanyian saya kerana amat penting untuk saya berusaha sendiri mencipta nama sebagai penyanyi," katanya kepada mStar Online.
Bila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) di Zebra Square di sini pada Khamis lalu. Acara terbitan Kumpulan Media Star Berhad itu buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf penggiat pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital. sumber berita : mstar.com.my/
|
10
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Hitman91 replied at 5-3-2016 03:16 AM
Prof Dr bidang dietican Uni tempat aku belajar dulu ada ulas,katanya kata-kata "gemuk is awesome " t ...
ADVERTISEMENT