Oleh : Dean BZ
Dalam soal memilih pasangan, ramai wanita/lelaki lebih gemar memilih golongan sebaya atau mempunyai perbezaan umur yang tidak terlalu ketara. Namun, ada juga golongan yang lebih meminati wanita/lelaki berumur kerana beberapa faktor ini : Lebih Romantik Berbanding Golongan Muda Golongan berusia lebih romantik berbanding golongan muda kerana mereka sudah lama "makan garam" dan tahu bagaimana mahu mengambil hati golongan muda yang sentiasa mengharapkan perhatian terutamanya golongan wanita. Golongan berusia kebiasaannya bersikap "cool" dan sekali sekala suka membuat suprise... Betul ke?
Golongan berusia lebih matang Bercerita tentang soal matang sudah tentulah golongan berusia lebih matang berbanding golongan muda yang masih belajar erti kehidupan sebenar. Setiap perkara yang dilakukan akan difikirkan terlebih dahulu, berbanding golongan muda yang lebih gemar "buat dulu baru fikir". Lebih banyak pengalaman Pengalaman adalah sangat penting dalam membimbing pasangan. Jadi golongan berusia sentiasa bersedia dan tahu bagaimana menghadapi pelbagai situasi seperti pasangan merajuk, pasangan sedang marah dan juga hal-hal lain yang lebih sulit untuk dibincangkan seperti soal di ranjang. Kewangan Lebih Stabil berbanding Golongan Muda Golongan muda masih mencari keperluan hidup sedangkan golongan berusia rata-rata sudah memiliki keperluan itu. Golongan berusia lebih pandai menguruskan kewangan dan tidak lagi menghabiskan wang dengan benda-benda tidak berfaedah. Jadi, soal kewangan tidak menjadi masalah walaupun tidaklah kaya namun dikira stabil. Lebih setia Betul ke golongan berusia lebih setia? Mungkin betul kot kerana jarang golongan ini masih hendak bermain-main dengan cinta. Kalau kena tinggal bukan senang nak dapat baru, dah tua kan. Jadi janganlah sesekali memandang rendah pada kawan-kawan yang berjodohan dengan pasangan jauh lebih tua. Cinta itu tidak pernah buta, yang buta adalah hati kita yang tidak tahu menilai. Tua atau muda, yang penting... BAHAGIA. - CARI Infonet. kredit - nisakay.com
|
12
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT