CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakej Umrah Di Internet Rendah, Tipu Orang Ramai

8-3-2016 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4906| Komen: 10

Oleh Izzah Abbasy

Pembelian pakej umrah melalui internet dengan menawarkan harga lebih rendah daripada harga lantai iaitu RM4,900 direkodkan sejak Februari lepas sehingga kini.


Sebanyak 23 kes penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menasihatkan orang ramai supaya memeriksa latar belakang syarikat pengendali umrah dengan melayari laman web www.motac.gov.my atau www.jawhar.gov.my/umrah untuk menyemak status syarikat serta senarai syarikat yang telah disenarai hitam. - CARI Infonet

9

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 8-3-2016 03:44 AM
KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 kes penipuan pembelian pakej umrah melalui internet direkodkan sejak Februari lepas sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata mangsa penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya ditawarkan harga pakej umrah yang rendah.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengeksploitasi bakal jemaah umrah melalui iklan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga lantai iaitu RM4,900,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas program bersama penggiat industri pelancongan (pengendali umrah) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau berkata lapan daripada kes itu dilaporkan kepada polis melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM101,480.

Manakala selebihnya dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan nilainya belum dapat dipastikan.

Mas Ermieyati menasihatkan orang ramai supaya memeriksa latar belakang syarikat pengendali umrah dengan melayari laman web www.motac.gov.my atau www.jawhar.gov.my/umrah untuk menyemak status syarikat serta senarai syarikat yang telah disenarai hitam.

Katanya terdapat kira-kira 500 syarikat pengendali umrah yang berdaftar. Dalam pada itu beliau berkata seramai 290,000 rakyat Malaysia dijangka menunaikan umrah pada tahun ini. – BERNAMA

Quote skyreds 8-3-2016 04:47 AM
nak menipu sampai sanggup guna agama ...   

harga ejen2 umrah yg dah establish makin lama makin mencekik darah .. bile sampai mekah/madinah nak ziarah kemana2 pun kene ade extra expenses onthespot
Quote Acong 8-3-2016 07:24 AM
kenapa tak redha? ini semua dugaan tuhan   
Quote Acong 8-3-2016 07:34 AM
skyreds replied at 8-3-2016 04:47 AM
nak menipu sampai sanggup guna agama ...   

harga ejen2 umrah yg dah establish maki ...

bersyukur laa dpt pi padang pasir utk bayar ufti kat umat zionis  


byk lak complaint ko  
Quote skyreds 8-3-2016 09:12 AM
Acong replied at 8-3-2016 07:34 AM
bersyukur laa dpt pi padang pasir utk bayar ufti kat umat zionis  

dah duit aku .. suka hati aku la nak komplen
Quote -electrifying- 8-3-2016 11:11 AM
nak senang saggup gne agama
Quote Lagubestbest 8-3-2016 03:47 PM
Agen selalu untung 10% je. So kalo RM6K, tu maksudnya agen ambil komisen RM1K. Mane boleh lagi murah kecuali tu dia punya company, tu dia punya direct deal visa, tu semua kerja dia sorang je wujud dalam company semua pun buat sendirik.
Quote Acong 8-3-2016 10:16 PM
skyreds replied at 8-3-2016 09:12 AM
dah duit aku .. suka hati aku la nak komplen

nape tak komplen kat padang masyar?   
Quote Changa 8-3-2016 10:30 PM
ummah sunni dan kebodohan bagaikan aur dengan tebing.
tak hairan la elohim terus cash kan mereka.
Quote famri7 8-3-2016 10:33 PM
Cash la sis..berdagang ugama konsepnya..asalkan ada nama isle trus xboleh takwil harga..kalau x kurang pahala ke sis?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035045 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top