Oleh Fyruz Hanna Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) membuat satu laporan polis berhubung berita palsu yang mengaitkan agensi berita itu dengan Pergerakan Puteri UMNO Terengganu. Berita yang kononnya dilaporkan oleh BERNAMA itu tersebar menerusi Facebook, Twitter, WhatsApp dan portal berhubung pelantikan Datuk Rosli Mat Hassan, bekas Ketua UMNO Bahagian Dungun sebagai penasihat pergerakan Puteri UMNO. Zalina Maizan berkata tindakannya itu dibuat bagi membersihkan nama Bernama sebagai agensi berita yang dipercayai di dalam dan luar negara serta memberi pengajaran kepada pihak yang tidak menitikberatkan etika kewartawanan.
"Pihak portal khususnya yang mempunyai ramai pembaca sepatutnya lebih menjaga sumber berita dan tidak mengambil maklumat daripada laman sosial yang belum tentu kesahihannya. "Bernama juga telah menghubungi individu yang dikatakan memberi maklumat kepada Bernama iaitu Datuk Rosli Mat Hassan, bekas Ketua Umno Bahagian Dungun sehingga terhasilnya berita tersebut, namun beliau menafikan memberi kenyataan itu. "Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu sebegini boleh memburukkan nama baik Bernama. Amat tidak sesuai dalam keadaan politik di Terengganu sekarang, jika ada pihak yang cuba menjadikan media sebagai strategi peribadi," katanya. -CARI Infonet. Sumber: BERNAMA
|
20
Bagus |
17
Marah |
25
Terkejut |
11
Sedih |
22
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT