CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bengang Barisan Dipotong, Lelaki Ini Beli 30 Bihun Dan Campak Ke Lantai

13-3-2016 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 13311| Komen: 41


Oleh: Fyruz Hanna

SINGAPURA: Seorang pelanggan yang marah barisannya dipotong semasa menunggu untuk membeli makanan bertindak membeli 30 bungkus bihun dan mencampakkan ke lantai.

Menurut Lianhe Wanbao, lelaki berusia 29 tahun itu menuduh peniaga wanita yang sengaja melayan pelangan yang berada di belakang barisannya.

Terasa dipermainkan, dia bertanya kepada pembantu wanita terbabit mengapa dia mendahulukan orang lain tanpa melayannya yang juga sama beratur. Dia turut mempersoalkan adakah dirinya nampak seperti 'orang tiada duit!'


Dia yang geram dengan kelakuan peniaga terbabit meminta 30 bungkus bihun dan kemudiannya mencampakkan satu persatu ke lantai.

Risau perkara tidak diingini berlaku, peniaga terbabit menelefon polis.

Menurut saksi kepada Chinese Daily, daripada meminta maaf, peniaga terbabit memandang sini dengan berkata " Kamu nak apa?"

Menurut peniaga ditemui, selama 40 tahun berniaga dikawasan terbabit dia tidak pernah mengalami insiden seperti ini.

Kes diselesaikan oleh polis. -CARI Infonet.

sumber: singaporeseen

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 13-3-2016 09:34 AM
Ikut turn la. Xsume org leh terima
Quote comel91 13-3-2016 09:43 AM
kalau comel la... kalau peniaga tu sendri wat hal.. memang x la beli... menyakitkan hati... tp kadang2 mungkin meniaga x nampak... tp ni kes mcm nampak terang tp still buat je... huhuhuh
Quote Knowlee 13-3-2016 09:44 AM
Kalo ai, ai blah je. Pegi makan kat tempat lain.
Quote loveacidgirl 13-3-2016 09:53 AM
buduh jugak yg ngamok tu. ngko buang masa tgu org tu bungkus mee sampai 30 bungkus pastu buang ke lantai. angkat kaki gi mkn kedai lain lahh
Quote sobsob 13-3-2016 09:54 AM
Kalau aku pun bengang org potong queue. Tapi aku xkan beli sampai 30 bungkus la. Koser sgt nak mengkayakan org kedai. Beli 2 bungkus je cukup pastu sepah2kan bawah meja celah2 kerusi. Effort nk mengemas pun sama je.
Quote palmolive 13-3-2016 10:10 AM
Xpayah g kedai cmni...banned jek terus...
Quote Artemesiaa 13-3-2016 10:26 AM
Peniaga yang tak pandai jaga hubungan baik dengan pengguna elok kena banned je kedainya tu.  Zaman sekarang ramai peniga lain saingan pun makin sengit kalau ego tu tinggi sangat susah le
Quote tsuza 13-3-2016 10:48 AM
dia nak tunjuk kt owner kedai tu dia ada bnyk duit laa tu..tp dah bagi kt owner kedai ape ke pekdahnye
Quote kukukatablog 13-3-2016 11:06 AM
aku pon pernah terpikir camni tapi pikirkan x cukup duit n membazir x jadi wat
biasanya aku tinggal jer kedai tuh,

once dulu aku makan kedai western area utara sana,
aku order burger n chicken chop ngan kawan2 aku,
boleh dia utamakan yang order lamb chop dulu,
orang datang lagi lambat dari aku leh makan lamb chop dulu,
dia siap pergi meja ke meja tanya,
yang order lamb chop dah dapat ke belum?
wtf sangat,

pastu aku ngan kawan aku bayar minum terus blah...
walaupon dia kata dia tengah masak order kitorang....
Quote Fieza-mira 13-3-2016 11:06 AM
Pernah terkena dgn gerai jual nasi ayam dara. Penjual tuh pompuan muda, nampak sangat memilih layan jantan muda jer. Pelanggan lain dia acuh tak acuh jer.

Aku yang tengah beratur nih dok perati jer gelagat pompuan tuh. Muda belum kawin kut tengah cari boyfriend agaknya. Manja jer layananya dgn pelanggan lelaki muda. Pastu bila tiba giliran aku, dia boleh pulak buat tak nampak aku tercongok depan mata, dia boleh tegur manja kat lelaki yg beratur belakang aku tanya nak beli berapa bungkus.

Aku pandang muka dia, pastu toleh pandang lelaki kat belakang aku. Terperasan muka dia berubah malu. Dia serbasalah sebab tersalah tegur orang belakang dulu. Nampak sangat pompuan gharit.

Bengang punya pasal, aku belah jer tak jadi beli....
Quote cmf_conan 13-3-2016 11:28 AM
Ada ke dlm artikel tu ckp die bayor 30 mihun tu? Ntah2 mintak 30 bungkus pastu campak..tapi xbayor pon
Quote imransulaiman 13-3-2016 11:29 AM
kukukatablog replied at 13-3-2016 11:06 AM
aku pon pernah terpikir camni tapi pikirkan x cukup duit n membazir x jadi wat
biasanya aku t ...

Saya sokong awak! Pengajaran terbaik untuk peniaga tu!

Kalau begitu cara dia meniaga, elok "diajar"  macam tu. Biar dia melopong rugi. Nak meniaga tapi takde etika...
Quote ero_sennin 13-3-2016 11:43 AM
Aku penah buat tp tak smpai gini. Kedai orang tk ramai tp order aku 3 kali dia lupa nk buat. Aku order roti banjir 2 lai, bungkus 10. Sampai je order aku bangun, aku suruh mamak tu makan roti banjir aku, dgn 10 lai roti tu dgn muka senyum je . Aku bangun blah bayar air je.
Quote berrygurl 13-3-2016 12:04 PM
Memang kadang2 ada pekerja restoran yg treat kite mcm sampah..mcm kena kat restoran Subway Berjaya Times Square semlm..& kedai Roti Cheese Nan terkenal kat KL..

Memang ikut rasa nak hempas je..nasib baik masih leh pk makanan..
Quote mommymonster82 13-3-2016 12:27 PM
Kat mana2 pon ada org gini...
Quote spiderman80 13-3-2016 12:49 PM
Kesian kat 30 bungkus bihun tu....mereka tak bersalah, dorang cuma mangsa keadaan. Patut customer tu campak peniaga tu ke lantai.

#whyabusedbihun?
Quote jazaa100 13-3-2016 01:39 PM
Edited by jazaa100 at 13-3-2016 01:40 PM
Fieza-mira replied at 13-3-2016 11:06 AM
Pernah terkena dgn gerai jual nasi ayam dara. Penjual tuh pompuan muda, nampak sangat memilih layan  ...

Mengongnya pompuan tu...

Klu akulah,... org hensem aku bg lambat , blh cuci mata.....
yg muka pecah rumah aku bagi dulu bagi dia blahh cecepat sikit....

Quote jazaa100 13-3-2016 01:42 PM
berrygurl replied at 13-3-2016 12:04 PM
Memang kadang2 ada pekerja restoran yg treat kite mcm sampah..mcm kena kat restoran Subway Berjaya T ...

klu pikir tanak hempas makanan, berry hempas je kerusi meja dia berry.....
Quote AJMatt 13-3-2016 02:26 PM
lapa sgt kot ni..

ada masa blh bsabar.tp sabar pun ada had

kesian bihun jd mangsa.huhu

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.151871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top