CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Ayam, Ikan Di Terengganu Meningkat Minggu Pertama Ramadan!

14-7-2013 06:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4573| Komen: 17

Harga Ayam, Ikan Di Terengganu Meningkat Minggu Pertama Ramadan

KUALA TERENGGANU, 14  Julai (Bernama) -- Harga ayam dan ikan di negeri ini didapati meningkat pada minggu pertama Ramadan.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Kedai Payang di sini mendapati harga ayam proses standard ialah antara RM8.80 hingga RM9 sekilogram manakala harga ayam bakar dan ayam golek di Bazar Ramadan mencecah RM25 seekor.

Pada Ramadan tahun lepas, harga ayam proses standard hanya RM8 sekilogram manakala harga ayam bakar dan ayam golek antara RM20 hingga RM23 seekor.

Bagi suri rumah,Izwani Mohamad, 39, beliau terpaksa juga membeli ayam walaupun harganya mahal kerana tiga anaknya sangat suka menu berasaskan ayam.

"Cuma, kalau nak murah, saya kena beli banyak lah contohnya macam hari ni beli lima ekor untuk dibuat stok seminggu, dapatlah diskaun sedikit dari peniaga yang kita dah biasa beli," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Peniaga ayam, Mohd Robby Awang, 32, berkata kenaikan harga ayam kali ini adalah paling tinggi sepanjang 10 tahun dia berniaga di pasar ini.

"Sebelum ni paling mahal pun dalam RM8.50 sahaja tapi kami pun dapat harga yang mahal dari pembekal, jadi terpaksa jual harga RM8.80 sekilogram," katanya yang menjual kira-kira 80 ekor ayam setiap hari.

Seorang lagi peniaga ayam, Mohamad Ali, 62, berkata perniagaannya agak terjejas ketika harga ayam semakin naik sekarang.

"Dulu kalau saya jual 80 ekor ayam, semuanya habis sebelum pukul 12 tengah hari tapi sekarang tak sampai separuh pun yang laku.

"Saya ada juga dengar khabar angin harga akan naik RM10 menjelang Syawal ini cuma berharap pihak berkuasa akan memantaunya supaya pengguna dan penjual, sama-sama puas hati," katanya.

Peniaga ikan, Mazlan Awang berkata harga ikan tenggiri adalah RM35 sekilogram berbanding RM30 pada hari-hari biasa, namun beliau tetap mendapat tempahan ikan itu dari restoran dan kedai makan.

"Ikan selayang sekarang ini RM10 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini, ikan kembung RM15 berbanding RM12 sebelum ini manakala sotong berharga RM22 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini.

"Harga ikan tongkol dijangka meningkat RM14 sekilogram menjelang Syawal kerana permintaan tinggi untuk dibuat gulai nasi dagang, tambahan pula tidak ramai nelayan turun ke laut ketika itu," katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dijangka melaksanakan harga siling barangan keperluan termasuk ayam sempena sambutan Aidilfitri pada penghujung Ramadan iaitu awal Ogos.

Sementara itu, harga ikan air tawar masih stabil iaitu patin RM9 sekilogram, tilapia merah (RM12), keli ternak (RM7), keli liar (RM15) dan baung (RM17).

Tinjauan Bernama di pasar tani Padang Hiliran di sini mendapati ikan patin, tilapia merah, keli dan baung mendapat permintaan tinggi pada bulan puasa ini.

"Kami juga ada menjual ikan-ikan air tawar yang lain seperti belut, ikan sepat, puyu, haruan dan kelah pada bulan puasa ini," kata seorang peniaga ikan yang enggan dikenali.

Katanya jualan ikan air tawar di pasar tani itu sejak hari pertama Ramadan meningkat sebanyak 30 peratus.

Beliau berkata terdapat kira-kira 10 orang penjual ikan air tawar di pasar tani itu dan ada sesetengah peniaga menjual ikan yang telah siap disiang dan dibubuh garam dan kunyit.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PITTSBURGH 14-7-2013 04:34 PM
murah lg klu nak bandingkan negara2 jiran kan..
Quote pakwetizzaqyah 14-7-2013 04:55 PM
tak reti2 nk bela lembu puak2 tengganu ni...dah tu harga naik salahkan kerajaan..padahal korang gak yg lantik kerajaan bengong tu.. ngahahahahahaha
Quote freebird 14-7-2013 05:19 PM
ada yang jaga lembu tapi malam-malam dibiarkan berkeliaran dijalan raya...banyak yang di langgar lori...
Quote dino 14-7-2013 05:23 PM
freebird posted on 14-7-2013 05:19 PM
ada yang jaga lembu tapi malam-malam dibiarkan berkeliaran dijalan raya...banyak yang di langgar lor ...

klau kat trg mana ade kira siang malam.... lembu tu kasi lepas je... pastu g makan tanaman org....


Quote AHMADVW 14-7-2013 05:31 PM
barang naik
Quote izamahmed 14-7-2013 05:35 PM
agaknya harga ayam2 di rumah urut naik tak?
Quote tongkatwaran75 14-7-2013 05:52 PM
kes panjat org & tingkap pun byk kat ganu...
Quote freebird 14-7-2013 06:04 PM
dino posted on 14-7-2013 05:23 PM
klau kat trg mana ade kira siang malam.... lembu tu kasi lepas je... pastu g makan tanaman org.... ...

banya jugak yang kena curi, bawak naik lori...
orang kampung perasan kaya..sekali hilang sekor, rugi beribu...
Quote aechae 14-7-2013 06:06 PM
mak aku kata dr b4 puasa lg lah...apadehal, org tganu kn kaya2

Quote tongkatwaran75 14-7-2013 06:09 PM
Quote dino 14-7-2013 06:09 PM
freebird posted on 14-7-2013 06:04 PM
banya jugak yang kena curi, bawak naik lori...
orang kampung perasan kaya..sekali hilang sek ...

byk kes kena curi yg berkeliaran rasanya.... padan muka aaa.... dah bela lembu main lepas... berak merata....
dah kena makan sumpah org psl.... menyusahkan org ramai..... tu belum cite accident psl lembu.....
ayah aku hr tu mujur takde ape2.....  lembu melintas..... patah tanduk gak....
so tuan2 lembu pkir knp lembu korang kena curi.....
Quote dino 14-7-2013 06:10 PM
aechae posted on 14-7-2013 06:06 PM
mak aku kata dr b4 puasa lg lah...apadehal, org tganu kn kaya2

org trg makan nasi cicah budu dah cukup.... ayam naik harga takyah beli....
Quote aechae 14-7-2013 06:18 PM
dino posted on 14-7-2013 06:10 PM
org trg makan nasi cicah budu dah cukup.... ayam naik harga takyah beli....

eh, xbleh2 mkn cicah budu saje...

rumah aku, koman2 ikan 2 jenis, ayam/daging, udang/sotong optional, sayur 2 jenis.....
wlupn yg duk umah mama abah je...tp dorg suka byk pilihan lauk gtu...aku pn pelik, mkn lauk 2 je ckup lah kn

Quote Gadjet 15-7-2013 12:59 AM
alasan.....
PETROL naek hargeee...
hehehe
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2013 01:04 AM
terengganu darul mahal
Quote sekngucing 15-7-2013 02:56 AM
aku sekarangh bela patin sendiri dlm akuarium
sbg bekalan masa depan (aku tinggal di kl)
Quote selyusi 15-7-2013 03:22 AM
cari ayam fresh kat hutan la senang

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.150713 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top