CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kita Merungut Sepanjang Hari! Kenapa Kisah Ini Buat Kita Bersyukur

14-3-2016 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7035| Komen: 26



Oleh Fyruz Hanna

Anda kerja sepanjang hari.... membebel sepanjang hari.. gaji tak naik, kerja banyak... beban, tekanan sepanjang hari..

Kisah ini bakal buat anda berfikir dua kali ,betapa kita bersyukur dikurniakan anggota badan yang sempurna, diberi peluang hidup oleh tuhan untuk berbakti sesama insan.

Kisah yang dilalui Izzhar ini boleh dijadikan pengajaran, kisahnya mudah.. bertemu dengan seorang lelaki di 7-Eleven.



Baca kisah dibawah: 

[ POST PANAS UNTUK ORANG MALAS ]
Pagi tadi sebelum saya nak ke sekolah untuk ceramah, singgah kejap kat 7E.
Saya tanya, “Uncle, top-up ada?”
Uncle ni tak jawab. Tak layan. Buat muka macam tak dengar.
(Alamak, aku dah la tengah rushing ni)
.
Tiba-tiba datang seorang makcik, terus beritahu.
“Dik, you kalau nak beli top-up kena tunjuk kat ini papan."
.
Eh?
.
Makcik ni pun terus letak barang yang dia nak beli kat kaunter, bayar dan ambil baki.
Yang buat saya pelik, baki tu makcik ni bagi balik kat uncle cashier ni.
Uncle ni terus masukkan duit dalam poketnya.
.
Ok, saya dah makin pelik.
.
Chop!
Saya perasan something. Ada kad warna pink kat baju uncle ni.
.
Kad OKU.
"Cacat Pendengaran"
.
Sekarang saya dah faham. Tiba-tiba hati terus rasa sebak, sayu dan terharu.
Uncle ni namanya Edward. Tak dapat mendengar dan bercakap.
.
Uncle Edward ni pekak dan bisu, tapi dia tak pekak dan bisu hatinya.
Sebab dia tahu syukuri apa yang dia ada, cari rezeki dengan apa yang dia punya.
.
Kita?
Cukup sempurna.
Tapi masih banyak merungut dengan hidup. Asyik harap orang lain nak tolong, malas nak usaha.
Sibuk nak salahkan takdir serba serbi tak cukup.
.
Teguran untuk diri sendiri. Sebab selalu lupa, rupanya banyak lagi nikmat yang belum habis disyukuri.
So, apa lagi alasan untuk malas?


Sebagai manusia, ambil masa untuk muhasabah diri, segala yang dilalui adalah ujian hidup.

Seperti Ayat 13 didalam surah Ar-Rahmaan: 

(13). فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Betapa kita sebagai Makhluk-Nya terkadang terlalu sombong untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada Sang Maha Pencipta, Allah SWT. -CARI Infonet.

28

Bagus
28

Marah
22

Terkejut
30

Sedih
19

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 14-3-2016 01:18 PM
bagus kasi sedar sket
Quote Siput_Sawah 14-3-2016 01:21 PM
Tacingnye..harap kita yg sihat ni jd kan kisah ni as tauladan
Quote chinta89 14-3-2016 02:17 PM
kdg2 kite merungut bukan sb x syukur.. tp tertindas oleh org atasan  yg menyelewang hingga kita tpksa tanggung susah.
Quote Mary_jane 14-3-2016 02:18 PM
Mungkin pakcik edward ingatkan si izhar ni tengah bernyanyi.
Quote haryatie 14-3-2016 02:25 PM
bukan x bersyukur tp kdg2 sikap dn tindakan org sekeliling yg buatkan kita merungut..
menguji kesabarannnn..
Quote stilla 14-3-2016 02:29 PM
Hakak pun selalu gak pagi2 dah merungut lepas tu hakak tarik nafas panjang2 sebab sedar org lain
mungkin lagi susah dari hakak, lepas tu hakak terus cakap sorang2 bak kata macam org gila.
Hakak tanya soalan , hakak sendiri jawab.
Quote revolusi_30 14-3-2016 02:32 PM
Geng2 AT ka... Suka main sembur pekerja.  lol
Quote ajinomotonosuga 15-3-2016 08:32 AM
kritik yang benar tapi di masa yang salah
Quote ultra78 15-3-2016 08:50 AM
Oooo..org pekak boleh jadi cashier
Quote mamapea 15-3-2016 10:14 AM
ultra78 replied at 15-3-2016 08:50 AM
Oooo..org pekak boleh jadi cashier

kfc kt jln ipoh semua org pekak & bisu yg keja kt situ...
kalau nak order kena tunjuk gmbr & guna bahasa isyarat jer...


Quote Star_el 15-3-2016 10:21 AM
Bersyukur tu senang cakap kt mulut je, tapi nak praktikkan susah sgt.

ni bukan kongsi viral ke?
Skg ni posting sesape je cepat jd viral ek. Pehtu dah terperasan kwn2 sendiri gigih buat posting ala2 deep mengharap dilike dan share. Siap janji sambung lg kalau dpt lebih drpd beberapa likes.
Quote f!rZ 15-3-2016 10:24 AM
stedy boh....
Quote starcity 15-3-2016 10:25 AM
Tak ada la menyentuh kalbu sangat. Apa kaitan citer ni dgn merungut?
Quote missyqaldina 15-3-2016 10:26 AM
stilla replied at 14-3-2016 02:29 PM
Hakak pun selalu gak pagi2 dah merungut lepas tu hakak tarik nafas panjang2 sebab sedar org lain
m ...

haahaha...
kalau org seblah tgk mmg mcm org gila akak ni...
ape la soklan yg ditanya tu ye..
Quote missyqaldina 15-3-2016 10:27 AM
stilla replied at 14-3-2016 02:29 PM
Hakak pun selalu gak pagi2 dah merungut lepas tu hakak tarik nafas panjang2 sebab sedar org lain
m ...

haahaha...
kalau org seblah tgk mmg mcm org gila akak ni...
ape la soklan yg ditanya tu ye..
Quote CrowneGlory 15-3-2016 10:28 AM
Dulu2 ada gak encounter toll gate girl bisu...pastu g A&W seremban pun staff dia bisu...bagusla hire dorg ni semua...malangnya  toll dah makin semua touch n go...A&W seremban pun dah berkubur...
Quote wannoorazlina 15-3-2016 10:42 AM
company lama aku keja pon amik sorg pompuan cina OKU
dia pekak n bisu..jadi kerani
utk taip surat, gi beli brg2 opis n pantry, susun and manage files
lama dia keja dekat 4 thn jugak la
pastu resign sbb nak kena balik kg urus bisnes ternak babi mertua dia
lawa ooooo.. muka x mcm cina sgt..


Quote missyqaldina 15-3-2016 10:45 AM
stilla replied at 14-3-2016 02:29 PM
Hakak pun selalu gak pagi2 dah merungut lepas tu hakak tarik nafas panjang2 sebab sedar org lain
m ...

haahaha...
kalau org seblah tgk mmg mcm org gila akak ni...
ape la soklan yg ditanya tu ye..
Quote stilla 15-3-2016 10:45 AM
missyqaldina replied at 15-3-2016 10:27 AM
haahaha...
kalau org seblah tgk mmg mcm org gila akak ni...
ape la soklan yg ditanya tu ye..

Tulah soklan nya dok kata macam nie "hang tau dak, yg org lain tu lagi susah dari hang, hang dok merungut"
Lepas tu dok jawab lah sorang2 "mana tak merunggut , pagi2 dah buat aku sakit hati".
Lepas tu tanya balik "Yg pi sakit hati tu pasal pa?"
Macam tu lah sendiri tanya sendiri jawab lama2 jadi gila jalan tepi jalan sambil ketawa, nak kat bipolar tak pulak.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.153845 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top