CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Bunga Ros Kekal Lama? Nah, Cuba DIY Dekorasi 'Roses' Ini

14-3-2016 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7661| Komen: 4

Oleh Izzah Abbasy

Tak suka dengan bunga ros segar sebab cepat layu? Apa kata untuk majlis resepsi, pertunangan atau apa sahaja hari keraian buat sendiri bunga ros kertas ini. Boleh juga dihadiahkan pada teman-teman atau si dia yang istimewa.


Agak susah sebenarnya nak dekorasikannya. Namun, berkat kesabaran anda, hasilnya pasti menjadi dan yang menerimanya juga akan menghargai kerana ia boleh disimpan dan kekal lama. Jom cuba!


Bahan – Bahan :


 
  Kertas Krep (Crepe Paper)

    Pita pembalut dawai/bunga
    Gam
    Sebatang pensil kayu
    Dawai bunga



Sediakan:

    5 kelopak bunga kertas kecil
    15 keping kelopak bunga kertas gergasi berbentuk hati
    3 keping daun kertas
   1 daun pucuk

 
Cara-Cara:

Pilih 3 jenis warna merah jambu sebagai kontras iaitu, warna merah jambu cair, merah jambu aprikot dan merah jambu krim.

 
  • Mulakan dengan memotong semua kepingan kelopak bunga dan daun yang diperlukan.
  •    Gosok kelopak kertas berkenaan dengan seterika jika perlu untuk meratakan kedutan pada kertas.
  • Selepas itu, mula untuk membuat tangkai. Balutkan 4 hingga 6 batang dawai bunga sekaligus menggunakan pita pembalut dawai mengikut ukuran panjang tangkai yang anda mahu.
  • Sambil membalut dawai, tegangkan pita agar pelekat pada pita tersebut bertindak membaluti dawai dengan sempurna dan tidak mudah tertanggal.



  •     Segera bentukkan kelopak bunga kertas anda. Lekukan bahagian tengah kelopak.
  •     Kemudian, perlahan-lahan gulungkan penghujung kelopak menggunakan pensil kayu.
  •     Sambil menggulung, anda tekan kertas yang membaluti pensil itu supaya ianya terbentuk dengan cantik dan kemas.\


 

  •     Kini, lakukan langkah yang sama kepada 15 keping kelopak yang besar pula.
  •     Ini mungkin langkah yang paling sukar untuk anda tetapi, cuba yang terbaik untuk mengekalkan bentuk kelopak anda agar sama semuanya.


  •     Sekarang, anda perlu pastikan supaya anda membuat tunas bunga menggunakan 5 keping kelopak bunga kertas dahulu.
  •     Mulakan dengan membalut dawai bersama satu keping kelopak dengan ketat. Sambung membalut kepingan kelopak yang lain dikelilingnya. Pastikan kelopak bertindih antara satu sama lain (rujuk pada gambar tutorial) sehingga habis kesemuanya.


  •     Tunas bunga anda harus kelihatan seperti dalam gambar kiri di bawah. Tidak mengapa jika kepingan kelopak bunga anda berkedut. Rapikan dibahagian penghujung sebelum anda membalut penghujungnya dengan pita pembalut.
  •     Balut sehingga anda menutup kesemua bahagian yang berwarna dan bertemu kembali dengan batang bunga berkenaan agar tampak kemas -kelihatan seperti bunga yang sebenar.


  •     Sekarang, anda punyai lebih 15 kelopak bunga kertas yang berbentuk hati betul? Tambahkan kelopak sehingga bunga ros anda kelihatan rimbun.
  •     Setiap kali anda tambahkan dua (2) keping kelopak bunga pada tunas, kemaskan ia dengan pita bunga supaya tidak mudah tercabut mahupun tertanggal dari tangkai.
  •     Pastikan kesemua kelopak dilekatkan pada keliling bunga dengan rapi supaya mekarnya nampak sekata.




  •     Ingat! Penting untuk anda membalut dengan tegang menggunakan pita pembalut berkenaan. Pusingkan pita sekeliling penghujung bunga sehingga mengenai kembali balutan pita di bahagian tangkai.


  •     Lihat dari atas permukaan bunga sama ada susunannya sekata ataupun tidak. Kemaskan kedudukan kelopak bunga berkenaan.

 



  •     Setelah kesemua kelopak bunga dibalut penghujungnya, kini tiba masa untuk membalut pucuk daun yang lazimnya membaluti penghujung bunga (dekat dengan tangkai).
  •     Terbalikkan bunga ros anda dan mula balut pucuk daun dengan rapi.
  •     Pastikan pucuk daun anda cukup besar dan panjang. Jika tidak, ianya akan tenggelam di bawah kelopak bunga anda yang rimbun itu.
  •     Aturkan susunan supaya sekata, langsung, balutkan ia menggunakan pita pembalut seperti biasa.






  •     Untuk menyediakan daun, dengan menggunakan gam (sebaiknya gam PVA kerana lebih kuat), lekatkan batang dawai di bahagian tengah kelopak daun.
  •     Lipatkan daun kepada dua bahagian dan tekan sepanjang batang dawai supaya ianya melekat dengan ketat.
  •     Tanpa perlu membuka lipatan daun, biarkan ia kering.

 

  •     Setelah kering, buka daun anda perlahan-lahan sambil memegang bahagian batang di belakang permukaan daun agar ianya tidak tertanggal dari batang.
  •     Sekarang, letakkan sedikit gam di bahagian hujung batang daun berkenaan dan balutkan kertas sama warna sehingga ke penghujung batang daun.


  •     Untuk mencantumkan bahagian batang daun kepada batang bunga anda, susunkan batang daun pada bahagian batang bunga yang anda kehendaki, dan balutkan bersama menggunakan pita dengan rapi beberapa kali.
  •     Apabila balutan telah siap, anda boleh bengkokan kedudukan batang daun agar kelihatan lebih realistik.
  •     Tambahkan sedikit gam pada pucuk daun dan balutkan kertas sama warna untuk menutup sisa pita.


 


  •     Teruskan membalut keseluruhan batang dengan kertas sama warna (warna hijau pucuk).
  •     Apabila sampai di penghujung batang, gam kan kertas pembalut berkenaan. Pastikan anda balut dengan kemas supaya tidak tertanggal kelak.
 


Dah siap! Hasilnya, memang cantik!

 

Kredit : Saja Kongsi

10

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 15-3-2016 01:15 PM
Besarnye. Not bad tp kalau iols nk buat ipls nk buat kecik sikit
Quote mbhcsf 15-3-2016 10:04 PM
nostalgiknya tengok bunga ros buatan ni - sebab my cousins  kat kampung suka sangat buat bunga bunga ni . guna kertas yg sama , materials yg sama , cool . suka tengok dia buat waktu cuti sekolah ,i was 10 - 11 - 9 years at that time.

hahaha nostalgic.

good old days....
Quote Lemon_juice 18-7-2016 04:39 PM
Hehe.ingatkan tips utk bunga ros yg betoi.tp kalo dpt bunga ros diy cenggini pon best jugak!
Quote cacaumerba 22-7-2016 11:48 AM
cantik dah skrg jadi trend kan paper crepe..
urm ttbe igt lak kat krespy creme hehe

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051805 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top