Oleh Adib Za Bila perhubungan telah putus, perkara paling sukar dilakukan ialah move on, betul tak? Anda bukan sahaja perlu melupakan, sebaliknya juga memaafkan si dia agar diri anda lebih tenang untuk masa mendatang.
Jom lihat beberapa petanda, sama ada anda benar-benar sudah move on atau tidak, seperti yang dipaparkan menerusi laman bustle.com: 1. Tersenyum bila mengingatinya Petanda anda masih belum move on, mendengarkan cerita dan berita terbaru tentang dirinya daripada sumber tertentu, akan membuatkan anda berasa bahagia dan tersenyum. Anda masih berasakan dahaga kasih sayang si dia.
2. Asyik bercerita tentang dia Ini satu lagi petanda anda masih belum move on. Sama ada dengan rakan atau keluarga anda, anda tetap mahu bercerita tentang si dia sama ada keburukannya atau sebaliknya. 3. Bila ada masalah, teringat dia Salah satu petanda anda masih belum move on ialah, ketika dilanda masalah, orang pertama yang anda akan ingat ialah si dia. Anda berharap dia dapat membantu dan menenangkan anda, bukan begitu? 4. Anda sibuk namun masih sunyi Ketika anda sedang membuatkan diri anda sibuk, namun masih terasa kosong dan sunyi. Ini bermakna anda masih belum move on sepenuhnya. Malah, terasa rindu pula. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT