Oleh Izzah Abbasy
Menjadi trending apabila hashtag #StopIslam di laman media sosial diwujudkan selepas berlakunya insiden letupan di Brussels baru-baru ini. Hashtag #StopIslam dipercayai dilancarkan oleh pihak yang mengaitkan ajaran Islam dengan peristiwa keganasan yang berlaku seperti di Brussels dan Paris. Walhal hasil daripada hashtag #StopIslam itu menjadi trending bukanlah untuk makian atau membenci Islam malahan pelbagai pembelaan telah disentuh daripada seluruh lapisan masyarakat di dunia, disertai ajakan untuk berfikir. Rata-rata netizen berpendapat, Islam bukanlah suatu agama yang ganas. "Jika saya yang lakukan kesilapan, salahkan saya. Dan bukan agama saya." Bukan itu sahaja, bagi pelakon terkenal Bollywood Rani Murkerji juga mempunyai pandangan yang membela Islam walaupun dia menganut agama lain. Pendapat Justin Bieber pula berbunyi, "Jika anda tidak tahu mengenai Islam, jangan cakap tentang Islam". Namun, ada yang juga bercanggah pendapat mengenai hashtag #StopIlslam ini kerana ia tidak seharusnya menjadi trending dan seolah-olah Islam dipermainkan di mata dunia. Jika ingin betul-betul menghentikan keganasan, mungkin perlu trending hashtag #StopISIS pula. Begitulah pandangan netizen terhadap hashtag #StopIslam di laman media sosial hari ini. Umum mengetahui, pengganas terang-terang tidak mempunyai agama tetapi mempergunakan nama Islam bagi menutup kejahatan mereka. - CARI Infonet
|
10
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
syadq replied at 25-3-2016 06:33 PM
Ade pekdah ke trending #tag sbnrnye? Selain menunjukkan sokongan alam maya.
ADVERTISEMENT