oleh Adib Za Pelbagai rekaan coli yang dihasilkan bukan sahaja untuk keselesaan malah untuk kesihatan wanita.
Terbaru, koleksi coli bernama Booby Trap Bra direka oleh seorang wanita, Jennifer Cutrona. Ia bukan pakaian dalam yang biasa, sebaliknya telah diinovasikan untuk sebagai pakaian keselamatan wanita. Terdapat dua varian iaitu, The Just In Case Pepper Spray Bra dan Just In Case Knife Bra. Rekabentuk coli yang mirip sport bra ini memiliki kantung khusus untuk menyimpan pisau kecil atau penyembur lada. Ini memudahkan wanita menyimpan senjata kalau-kalau berada dalam situasi kecemasan, seterusnya menjamin mereka daripada menjadi mangsa jenayah, rompak atau rogol.
Untuk rekod, Jennifer mendapat idea ini selepas mengalami kejadian buruk berhampiran rumah yang terletak di Texas. Dia diserang oleh individu tak dikenali ketika sedang beriadah di sekitar kediamannya. Enggan wanita lain mengalami yang sama, Jennifer tampilkan coli keselamatan itu. - CARI Infonet |
41
Bagus |
22
Marah |
28
Terkejut |
26
Sedih |
28
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT