Oleh Izzah Abbasy
Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan yang dibuat pada 2011 pula menunjukkan 12 peratus (kira-kira 2.6 juta) rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Antara perkembangan negatif dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini ialah berlakunya peningkatan jumlah pesakit mental. Menurutnya, penyakit mental juga lebih banyak berlaku dalam kalangan kaum hawa pada kadar 12.1 peratus berbanding lelaki (10.4 peratus). Bagi wanita puncanya lebih banyak disebabkan masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak, manakala bagi lelaki puncanya lebih kepada kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya dan penyalahgunaan dadah. Rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit mental jenis skizofrenia. Pesakit skizofrenia boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain. Untuk pengetahuan, penyakit mental mempunyai kesan buruk kepada penghidapnya dan ia boleh merugikan negara terutamanya dalam aspek melahirkan warganegara yang sihat emosi dan mentalnya. Penyakit mental boleh menjadi punca kepada perbuatan bunuh diri. Pesakit skizofrenia mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi yang serius sehingga menyebabkan tingkah laku mereka seolah-olah berada dalam dunia yang berlainan. Mereka sering kali mendengar suara-suara yang menyuruhnya bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang di sekelilingnya. Justeru, masalah penyakit mental terutamanya penghidap skizofrenia tidak boleh dipandang ringan dan mereka perlu dirawat segera dan mengikut jadual rawatan yang ditetapkan. Antara halangan utama kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan penyembuhan ialah berlakunya diskriminasi dan penafian masyarakat terhadap penyakit mental. Majoriti rakyat di negara ini tidak melihat masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang serius. Sikap ini menyebabkan ramai pesakit mental gagal mendapatkan rawatan awal. Selain itu, keprihatinan keluarga dan masyarakat memberikan sokongan dan penerimaan kepada pesakit mental masih lagi rendah sedangkan ia amat penting dalam membantu pesakit untuk sembuh. Masyarakat perlu membuang stigma atau persepsi buruk bahawa pesakit mental tidak boleh diubati atau dipulihkan. - CARI Infonet
|
15
Bagus |
24
Marah |
15
Terkejut |
17
Sedih |
22
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hailon replied at 30-3-2016 10:20 PM
ini kan trit dari gue !!!!
HannahMontana replied at 31-3-2016 09:37 AM
hujung hujung dunia siapa yg xgila
ADVERTISEMENT