CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Demi Menyara Hidup, Graduan Bekerja Sebagai Pemotong Rumput Di Singapura!

5-4-2016 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6131| Komen: 8



Oleh : TS LOO


1000 Singapura Dollar ditukar kepada nilai matawang Ringgit, kira-kira RM3000.

Susulan tidak dapat mencari kerja yang berkaitan bidang yang dipelajari, seorang graduan universiti tempatan yang berjurusan perundangan, terpaksa mencari rezeki di Singapura untuk menyara hidup seisi keluarga, akhirnya bekerja sebagai pemotong rumput yang berpendapatan 1000 Singapura Dollar sebulan. 


Seorang netizen bernama Muhaimin berkongsi kandungan perbualannya bersama pemandu teksi pada laman facebook 29hb Mac lalu.


sumber foto : FB Muhaimin


Pemandu teksi itu peramah orangnya, dia beritahu Muhaimin anaknya tamat pengajian dalam jurusan perundangan, tetapi tidak dapat mencari kerja yang berkaitan dengan bidang yang dipelajarinya untuk menyara hidup seisi keluarga. Ujar dia, sebahagian majikan bagi syarikat yang berkaitan hanya ingin membayar gaji RM1000 atau kurang daripada itu kepada graduan baru. 


Oleh kerana anaknya tidak ingin bergantung pada ayah, maka bagi menampung keperluan saraan hidup keluarga yang agak getir, justeru anaknya mengambil keputusan bekerja sebagai pemotong rumput di Singapura.

Menurut juga status yang dimuatnaikkan, pendapatan bulanan bagi anak kepada pemandu teksi tersebut hanyalah 1000 Singapura Dollar sahaja, setiap bulan anaknya cuma belanja sedikit sahaja, sejumlah besar baki gaji yang ditabung, semuanya dikirim balik ke rumah untuk perbelanjaan harian.


Selepas beberapa tahun, apabila anak pemandu teksi tersebut telah memperolehi sejumlah wang yang mencukupi untuk menampung kos saraan hidup dan cuba kembali ke Malaysia untuk mencari kerja, malangnya, tiada sebuah firma guaman yang ingin menngupah seorang graduan jurusan perundangan yang tiada pengalaman dan hanya pernah bekerja sebagai pemotong rumput dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.


Akhirnya, anak kepada pemandu teksi tersebut balik semula ke Singapura untuk sambung kerjanya sebagai seorang pemotong rumput dan masih berpendapatan bulanan 1000 Singapura Dollar. 


Pemandu teksi kata dia rasa bangga dengan anaknya, tegasnya mereka yang mengatakan orang muda adalah golongan yang malas, hanya kerana mereka tidak memahami realiti hidup yang semakin mencabar.


 
sumber foto : google image


Habis saja perbualan, Muhaimin berpendapat, setiap orang akan bekerja keras untuk mencari nafkah hidup demi saraan hidup seisi keluarga, tidak kira samada memotong rumput, lap lantai, cuci kereta, menjaja minuman di tepi jalan atau menjadi cashier di kaunter, semua kerja itu golongan muda sanggup nak lakukan, tiada seorang pun yang malas bekerja.


Ada juga pihak mengkritik kenapa anak pemandu teksi itu tidak mula dari peringkat bawah, setelah mendapat pengalaman barulah mencari kerja yang lebih bagus dan jawatan yang lebih tinggi. 


Sehubungan itu, menurut Muhaimin ketika itu disebabkan dia tidak bersembang secara mendalam dengan pemandu teksi itu, jadi dia tidak dapat pasti keadaan sebenarnya keluaraga mereka ketika itu. Dia mengganggarkan mungkin ketika itu, anak pemandu teksi berkenaan baru saja tamat pengajian dan amat perlukan duit, langsung tiada masa untuk bekerja dari peringkat bawahan. 


Menurut dia lagi, mungkin dirinya lebih bertuah berbanding dengan orang lain, boleh bergantung pada simpanan wang ibu bapa dan keluarga, dan hanya mencari kerja yang diminati tapi berpendapatan tidak tinggi sangat, jelasnya bukan semua orang mempunyai peluang sebegitu. 

"Kita berdepan pelbagai masalah dalam kehidupan setiap hari dan perlu mencari pelbagai cara untuk menyelesaikannya, semata-mata hanya untuk keesokan hari yang lebih baik." - CARI Infonet


22

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 5-4-2016 02:43 PM
Cari ler berksitan.undang undang walo gaji kecikkk yg utama utk baru abis belajo ialah PENGALAMAN

seme orang bleh motong rumput tp.tak sme leh jadi yg ahli bsb undang undang


Mcm.mcm leh ikhtiar, asal berkaitan undang undang, amik.upah buat kan.orang.permohonan itu ini dgn upsh kecik etc, bukan nk hina motong rumputtttt tp.klo.kita plan nk stay bidang kita sukaa dan amik kat uni so bertatih dari.bawah ler, cam.deliver pizza lama lamaaaaa jadi.menejer kendian own francais tu kendian.bukak.cawangan, ni nk jadi loyar tp.cari.pengalaman.potong rumput, lain ler ko budak pertanian kaa landscaping kaa, btui dak?
Quote Esmiria 5-4-2016 05:52 PM
ini menunjukkan yg x seme kerja dgn apa yg dipelajari dulu.
Quote cyberjaye 5-4-2016 06:07 PM
oh Tq, 1 Malaysia
Tq, Barang Naik
Quote 1Apr16 6-4-2016 02:40 AM
Biarlah anak uncle itu kerja apa pun asalkan halal. Bukannya dia kacau engkau
Quote SultanSingapore 6-4-2016 08:23 AM
1Apr16 replied at 6-4-2016 02:40 AM
Biarlah anak uncle itu kerja apa pun asalkan halal. Bukannya dia kacau engkau

memang tak kacau pun, tapi ada sesetengah orang yang tak puas hati kalau tak kacau
Quote oak.balustrade 6-4-2016 08:51 AM
Ang keje potong rumput salah ke even dia ada law degree? Habis nak keje dok goyang buah tunggu derma dari tanah arob ke? Choiiii
Quote khairulazuan 6-4-2016 09:12 AM
potong rumput meracun ni aku pernah buat tapi kat umah sendiri la..huhu
Quote uniq61 6-4-2016 11:51 AM
SESIAPA YANG BERMINAT DOK KAT MALAYSIA NI KERANA PEMIMPINNYA BOLEH LE KERJA KAT SINGAPORAH TU..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052424 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top