Oleh Izzah Abbasy
Berikutan letupan gas berlaku di kedai makanan dan minuman yang terletak di Mid Valley Megamall di Jalan Klang Lama hari ini, pihak berkuasa yang berkaitan telah menutup semua sistem gas di Mid Valley Megamall untuk sementara waktu. Pengurusan Mid Valley Megamall dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook hari ini mengesahkan kejadian itu dan adalah disebabkan oleh letupan kecil semasa kerja pemasangan semula sistem sistem gas petroleum cecair (LPG). Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun lapan pekerja kakitangan penyelenggaraan, kontraktor LPG dan pekerja mengalami kecederaan ringan, kata kenyataan itu. "Keselamatan tetap menjadi keutamaan kami dan akan memberi tumpuan terhadap keselamatan penyewa dan pengunjung kami," katanya dalam kenyataan itu. Pihak pengurusan juga berkata pusat membeli-belah akan terus dibuka kepada pengunjung dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan insiden ini sekiranya terdapat maklumat lanjut. - CARI Infonet Kredit : Astro Awani
|
6
Bagus |
1
Marah |
16
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MH37O replied at 5-4-2016 11:26 AM
dajal....
kucen_miang replied at 5-4-2016 11:48 AM
gundurowo dr kuil depan tu sudah mengamuk ka?
BungaSaffron replied at 5-4-2016 11:50 AM
chilis tu bukan ke dah lama ada? ada renobesen ke dekat2 area situ sampai boleh runtuh? dah lama ...
bnmbnm replied at 5-4-2016 11:52 AM
Two Explosions in Midvalley – Chillis & McDonalds -- http://sh.spotnews.co/ApOc/PSuDjmZEjs
revolusi_30 replied at 5-4-2016 11:53 AM
X leh bukak pun sis....DAESH ke ?
ADVERTISEMENT