Oleh : TS LOO
Penyanyi dangdut, Irmawati yang popular dengan sebutan Irma Bule meninggal dunia Isnin lalu selepas dipatuk ular tedung ketika mengadakan persembahan di Desa Lemahabang Wadas. Warga kampung Pawarengan berusia 29 tahun itu menghembuskan nafas terakhir sehari selepas kejadian malah sempat menghiburkan penonton hingga ke akhir persembahan. "Irma Bule memang biasa menyanyi sambil ditemani ular. Pada hari kejadian, beliau dikatakan terpijak ekor ular terbabit mengakibatkan ia bertindak spontan mematuk bahagian pehanya.
Difahamkan, usai persembahan mangsa yang terus pergi ke belakang pentas untuk menemui rakannya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran. Selepas pihak perubatan daerah tidak mampu merawatnya, Irma kemudian dikejarkan ke rumah sakit umum di Karawang tetapi meninggal dunia di sana sebelum sempat dibantu. Berdasarkan laporan awal, rakan seperjuangan mangsa, Yeyen, mengatakan ular yang dijadikan teman menari itu sudah dijinakkan pawang terlebih dulu. Cuma sebelum naik ke pentas, pawang berkenaan sudah menghalang mangsa meneruskan niat beraksi kerana reptilia itu kelihatan tidak tenteram. Irmawati dikatakan sebagai satu-satunya penyanyi dangdut yang berani beraksi bersama ular di daerah berkenaan. - CARI Infonet sumber berita : http://www.malaysiakini.com/
|
21
Bagus |
20
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harisanis replied at 7-4-2016 08:06 PM
ular spesies ni jgk ko ajak wat menari??? ...bijak pandai sgtttt
ADVERTISEMENT