CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Duit Tabung Haji Kakak Hilang RM30,000" Bila Fitnah Makan Diri..

12-4-2016 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13426| Komen: 40

Oleh Adib Za



Sekali lagi institusi penting dalam negara ditabur fitnah sesukanya dan semudahnya. Begitu mudah fitnah disebar dan dipercayai oleh orang ramai tanpa usul periksa. 

Kali ini, pihak Tabung Haji telah dituduh membenarkan bayaran pinjaman PTPTN diambil dari akaun pengguna tanpa pengetahuan pengguna itu sendiri. 

Bukan jumlah yang kecil, dilaporkan wang yang 'hilang' itu adalah sebanyak RM30,000. Si penyebar fitnah memulakan drama konon-kononnya wang simpanan dalam Tabung Haji telah habis disapu begitu sahaja. 

Pihak PTPTN juga dituduh bermain kasar dengan 'mencuri' wang dalam akaun simpanan sehingga licin tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna. 

Semua drama ini nyata hanyalah helah pihak berkepentingan tertentu untuk memburukkan pihak Tabung Haji dan juga PTPTN khasnya. 

Dengan sedikit dialog yang direka mampu membuatkan ramai hilang percaya kepada institusi kewangan itu sekaligus memporak porandakannya. 

Namun, pihak Tabung Haji segera memuat naik kenyataan di laman Facebook untuk memaklumkan maklumat yang tersebar melalui Whatsapp itu adalah fitnah semata-mata. 

Sememangnya tindakan ini sangat bertepatan bagi mengelakkan lebih ramai yang tertipu dengan dakyah dan motif jahat individu yang menyebarkan fitnah.

Netizen juga memberikan respon 'tidak percaya' kepada fitnah yang disifatkan membodohkan diri sendiri itu. 






Persoalannya, mereka ini tak mungkin berputus asa untuk memburukkan pihak tertentu seperti Tabung Haji atau PTPTN. Sampai bila pihak yang difitnah perlu mengeluarkan kenyataan demi kenyataan? 

Memang kebenaran sukar diterima, apabila fitnah disebarkan itulah perkara paling mudah dipercayai oleh orang ramai.

Situasi inilah yang sangat membimbangkan berlaku di kalangan masyarakat kita. Apakah kesudahannya... - CARI Infonet
13

Bagus
22

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
19

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 12-4-2016 03:05 PM
apala sgt mamat ni punya kelentong kalau nk di samakan dgn bijan setan punya kelentong
Quote blackwidowbae 12-4-2016 03:08 PM
Fitnah itu berdosa besar! Ko datang ler melutut cari makcik nii haaa di akhirat nanti horkeh!
Quote HibinoSama 12-4-2016 03:23 PM
Kot ye pon nk viral, buat la ayat n karangan cantik sikit.. Ni mcm budak sek rendah je..

Quote khairulazuan 12-4-2016 03:33 PM
zaman fitnah berleausa skrng nih.mmmmm
Quote kentel 12-4-2016 03:57 PM
CrowneGlory replied at 12-4-2016 03:05 PM
apala sgt mamat ni punya kelentong kalau nk di samakan dgn bijan setan punya kelentong

hihihihi gelak jelah mampu
Quote chinta89 12-4-2016 03:59 PM
boleh x siasat sap pnya kja ni??? jgn asik duk siasat sape troll jibby je!
Quote Jajabeans 12-4-2016 04:00 PM
TH senyum sinis jah amount yg difitnah kan itu.
Quote minah_kidal 12-4-2016 04:57 PM
haha kan da kena.
Quote -electrifying- 12-4-2016 05:33 PM
tgh stdy pon dh ade 30k
Quote salmon-suki 12-4-2016 06:22 PM
-electrifying- replied at 12-4-2016 05:33 PM
tgh stdy pon dh ade 30k

Simpanan dr kecik tu kot..xpun ada org derma..xpun keje keras dr kecik,jual nasi lemak dlm kelas,upah menjahit baju raya maka tersimpan lah 30k..gud effort..kekekeke~
Quote salmon-suki 12-4-2016 06:24 PM
Ni nk tiru kes yang pernah viral dulu ek...pasal ptptn amek duit dalam bank smpai licin....tp terkantoi...nasib badan...
Quote -electrifying- 12-4-2016 06:42 PM
salmon-suki replied at 12-4-2016 06:22 PM
Simpanan dr kecik tu kot..xpun ada org derma..xpun keje keras dr kecik,jual nasi lemak dlm kelas,u ...

HAHAHA ! positifnya sis
Quote salmon-suki 12-4-2016 06:50 PM
-electrifying- replied at 12-4-2016 06:42 PM
HAHAHA ! positifnya sis

Haruslah positif...hak3
Quote LavaUollss 12-4-2016 07:13 PM
blackwidowbae replied at 12-4-2016 03:08 PM
Fitnah itu berdosa besar! Ko datang ler melutut cari makcik nii haaa di akhirat nanti horkeh!

bukan melutut la makcik...
Merangkak....merangkak di padang mahsyar katanya
Quote fire_place 12-4-2016 07:31 PM
Kejar glamor punya pasal.
Quote oak.balustrade 12-4-2016 07:51 PM
Try lagi ye dekkk. Choi sangat kau malukan diri sendiri dan family kau. Selayaknyalah kau dihencap dari segenap sisi :
Quote blackwidowbae 12-4-2016 07:58 PM
LavaUollss replied at 12-4-2016 07:13 PM
bukan melutut la makcik...
Merangkak....merangkak di padang mahsyar katanya

Erkk malunyerr makcik ehehe
Quote Emperor95 12-4-2016 08:00 PM
kebanyakan yang menipu ini mesti pendek akal sebab itulah menipu pun nampak kebodohannya.
Quote Madel 12-4-2016 08:19 PM
Wow sgt la kalau tengah study dlm acct ada Rm30k..

Kawan aku dari abis SPM kerja 3tahun kompol duit nak sambung belajar..cuma dpt kumpul rm10k je..
Tu pun bnyk dah dia ikat perut, mana nak tlong mak bayar bil air api, keperluan rumah lgi..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.091678 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top