CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Susulan Dikecam! Dr Harlina Jawab Isu 'Awak'

13-4-2016 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 43978| Komen: 522|Original author: CARI-IIN

Oleh Izzah Abbasy

Susulan menegur seorang peniaga menggunakan bahasa diri 'awak' dalam talian di aplikasi WhatsApp berhubung adab dalam urusan rasmi, petugas perubatan di Pusat Perubatan UKM, Dr Harlina Halizah Siraj terus dikecam oleh netizen.

Teguran itu menerima reaksi yang bercampur baur, malah boleh dikatakan mereka yang menyokong Dr Harlina Halizah adalah sama banyak dengan kalangan yang mengkritik.


Ramai yang berpendapat isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia bukanlah suatu yang mengundang keburukan mahupun menjatuhkan aib atau maruah seseorang. Kata ganti diri itu juga adalah menjadi suatu penggunaan sehari-hari.

Tetapi, Dr Harlina ada jawapannya tersendiri. Berikut kata-kata daripada perbualan Dr Harlina kepada Astro Awani. - CARI Infonet



Bahasa seorang daripada netizen yang telah digunakan "Woi,orang tua bodoh"


Ini penerangan daripada Dr Harlina :

Saya sebenarnya sedang mencari beberapa 'quotation' untuk satu urusniaga. Adalah beberapa syarikat yang mungkin ada produk yang kita nak.

Dan saya perkenalkan diri saya, daripada institusi mana dan saya katalah saya jumpa di Internet.

Saya ada hantar pada beberapa syarikat lain. Syarikat yang itu nampak menjawab dengan penuh profesional dan dia minta saya email address saya sebab nak hantar sebut harga.

Ini bukan nak menipu sebab ini satu barang online mungkin dua tiga helai saja. Ini kita cakap ribuan item, ribuan unit.

Jadi, saya hantarkan dan saya dapati satu syarikat ini dia tak balas balik. Jadi, saya ingat dia tak berminat rupanya dia masuk dalam WhatsApp saya.

Jadi bila WhatsApp saya itu, bila saya buka saya dapati agak terkejutlah. Saya ni orang lama. Agaknya terkejut saya itu sebabnya mungkin dengan satu pertanyaan yang formal... Saya mungkin mengharapkan suatu yang formal balik. Iyalah, ini syarikat perniagaan.

Jadi, bila dia ber 'awak' kan tu, awak... dan seperti yang dalam telefon itu dan saya seterusnya jadi terkejut sedikit dan satu lagi saya ini cikgu. Jadi, cikgu kerja dia nak membetulkan.

Saya dah nyatakan di situ sebab saya ada tengok dalam komen-komen netizen, "manalah seller itu tahu orang ini puan ke apa ke" ... Tapi, saya memang nyatakan maklumat di situ menunjukkan saya seorang yang tua.



Cuma cukup saya beritahu yang dia sebenarnya tak ambil nasihat itu. Macam ada perlian sikit dan akhirnya saya memang tak teruskanlah dan saya katalah saya minta maaf. Saya dah dapat 'quotation' yang baru.

Jadi, saya ... sementara itu fikir nak share atau tidak ni. Saya akan menegur. Saya ada dua pilihan, satu saya menegur tapi tak ada screenshot itu. Satu lagi, saya mungkin kali ini... saya ada pengalaman sendiri dan mungkin saya nak kongsikan apa sebenarnya 'tracsation' itu supaya lebih adil.


25

Bagus
9

Marah
19

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote comel91 13-4-2016 11:36 AM
minta maaf ke tu? macam tetap nak menegakkan cte die.. apa2 lah Dr.. comel harap comel tak bertembung ng Dr comel risauu nak panggil apa..
Quote sofiazara 13-4-2016 11:41 AM
tak suka org poyo2 camni
Quote sofiazara 13-4-2016 11:42 AM
dah dia ngaku saya memula. pastu marah org panggil awak. dahtu? merafak sembah ke
Quote fifie_olin 13-4-2016 11:46 AM
mcmla dia perfect sgt...
benda kecik je kot..
bkn nya org tu kurg ajar pon..
x phm aku dgn org mcm ni
Quote MellyNad 13-4-2016 11:46 AM
selamat dia xpanggil sis..lg satu hal..
Quote damian_lee 13-4-2016 11:48 AM
share perbualan tu pleaseeee
Quote mujer_in_espejo 13-4-2016 11:48 AM
MellyNad replied at 13-4-2016 11:46 AM
selamat dia xpanggil sis..lg satu hal..

Khen.. belum lagi panggil dear..kejutan budaya teruss
Quote kemaruk 13-4-2016 11:49 AM
Kalau setakat beli barang online tu tskyah la ber doktor puan2 ni, makcik..

Lain la dalam majlis ka, surat rasmi ka, mesyuarat dan aktiviti formal lain.. yang tu boleh la ko sentap..

Bayangkan makcik ni pergi pasar malam.. entah2 bila orang panhgil dia akak, terus makcik ni report polis kot
Quote Innrukia 13-4-2016 11:49 AM
Aku rasa isu utama skrg adalah perlu ker semua teguran/perbuatan di upload ke media sosial. Hal2 remeh yg boleh tolak ansur tu tak pyh la dipjgkan...
Quote sabar_sabariah 13-4-2016 11:49 AM
damian_lee replied at 13-4-2016 11:48 AM
share perbualan tu pleaseeee

like..
share perbualan tu
saya tak dapat nak tengok
Quote the_killer 13-4-2016 11:50 AM
kalo orang indon kampung yang kol...dah lama doktor dipanggil ibu harlina
Quote mommylava 13-4-2016 11:53 AM
the_killer replied at 13-4-2016 11:50 AM
kalo orang indon kampung yang kol...dah lama doktor dipanggil ibu harlina

Kalu di indon, dokter bisa disebut dog aja...
Quote ChildrenOfBodom 13-4-2016 11:54 AM
panggey bitch boleh? old fucking bitch

Quote kechikchomel 13-4-2016 11:55 AM
kat bod kongsi viral ada WA tu

link - http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Quote the_killer 13-4-2016 11:56 AM
mommylava replied at 13-4-2016 11:53 AM
Kalu di indon, dokter bisa disebut dog aja...

wahhh..jadi pontianak teruk doktor..mengamuk
Quote abbyhoney 13-4-2016 11:57 AM
5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Doktor Harlina Halizah Sebelum Bertindak Menjadi "Keyboard Warrior"

Sejak beberapa hari ini satu perkara yang tidak sedap dilihat telah berlaku apabila seorang doktor yang telah memberi satu teguran dari segi adab dalam berniaga telah diserang oleh segelintir netizen hanya kerana salah faham.

Admin sekadar melihat isu ini kerana tidak mahu diperbesarkan, tetapi sedih apabila ramai yang mengeluarkan kata-kata kesat di laman Facebook Dr Har sedangkan mereka tidak faham sepenuhnya apa yang cuba disampaikan.

Perlu diakui Dr Har yang memang manusia biasa sama seperti kita, ada berkata dia tidak maksum, ya! memang dia tidak maksum, tapi kita ada otak fikiran tuhan kurniakan, fikir yang baik dan yang buruk sebelum membuat keputusan, admin sendiri akan 'menyerang' jika apa yang ditulis Dr Har itu tidak betul atau salah.

Beliau menulis mengenai adab dalam berniaga, perlu ketahui berniaga itu adalah satu urusan profesional dan kita harus profesional dalam hal ini untuk menjaga hati pelanggan yang akan berurusan dengan kita selain mewujudkan masyarakat yang bertatasusila, bersopan dan beradab.

Contohnya seperti pak cik kita bos di pejabat dan kita sebagai anak buah dia sebagai pekerja, sudah pasti di pejabat perlu kita panggilnya Bos atau tuan kerana profesional, berlainan dengan panggilan di rumah.

Siapakah sebenarnya Dr Harlina Halizah Hj Siraj ini,? teruk sangatkan beliau sehingga dikeji oleh segelintir netizen sedemikian?

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj yang merupakan doktor pakar runding obstetriks dan ginekologi (O&G), sering kali timbul tulisan-tulisannya di laman Facebook di mana beliau sering membicarakan isu-isu wanita, keluarga, dan remaja masa kini dengan niat mendidik masyarakat menjadi lebih baik.

Kerana nasihat-nasihatnya yang dilihat begitu berkesan dan mendalam beliau sering mendapat perhatian media cetak dan media penyiaran untuk mendapatkan pelbagai tip dan nasihat yang memanfaatkan masyarakat Malaysia.

Siapakah Dr. Har ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya dan mahu tahu tentangnya.

Admin sendiri pun tidaklah terlalu mengenali siapakah insan ini dan tertanya-tanya siapakah Dr Har sehingga terjumpa satu artikel yang dikongsikan oleh portal The Vocket yang tertulis 5 Perkara Tentang Dr Harlina Halizah Yang Anda Patut Tahu.

Apakah yang harus kita tahu tentang beliau? jom baca.

Memetik tulisan The Vocket, cerita ini dikisahkan oleh Dr. Adilah, seorang doktor perubatan yang mengenali Dr. Har dari kecil lagi.

"Pada saya, Dr Har atau semasa kecil saya panggil Makcik Har, adalah seorang contoh dan teladan yang baik. She is an inspiration! Walau interaksi saya dengan beliau tidaklah begitu kerap, tapi beliau telah banyak mendidik saya dari jauh.

"Saya mengenali Dr Har sebagai seorang pakar O&G yang sangat berdedikasi, pensyarah yang rapat dengan pelajar-pelajarnya di UKM dan seorang aktivis dakwah dan kemanusiaan yang sangat komited. Terus terang saya katakan bahawa antara asbab saya menjadi seorang doktor adalah disebabkan oleh Dr Har.

"Sejak kecil, saya sangat mengkagumi disiplinnya. Bayangkan seorang pakar dalam bidang yang sangat demanding, boleh lagi mengajar dengan sangat bagus, menjadi seorang ketua wanita pusat sebuah badan dakwah, dan rumahtangganya pun terurus.

"Beliau adalah seorang guru dalam kehidupan bagi saya dan ramai lagi orang lain. Beliau telah menyentuh banyak hati yang lalai," tulis dr Adilah.

Menurut Dr Adilah lagi, setiap teguran yang keluar dari mulut Dr Har bukanlah untuk tujuan menjatuhkan bahkan adalah untuk menyedarkan kita.

"Tegurannya lembut seperti dirinya. Jika ada yang memandang serong pada beliau, pandanglah diri sendiri dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang akan disesali kelak.

Bacalah tegurannya laksana anda membaca teguran dari seorang guru dan ibu. Yang tujuaannya hanyalah untuk anak-anaknya mendapat yang terbaik dan menjadi yang terbaik," tulisnya lagi.

Dr Adilah dalam pada itu telah berkongsikan lebih lanjut siapakah sebenarnya Dr. Har.

1. Latar Belakang

Dr. Har dilahirkan pada 1 Jun 1966 di Sungai Besar, Selangor merupakan anak keenam kepada pasangan Siraj @ Ramli dan Siti Ramlah Anuar yang mempunyai lapan orang anak. Ayahnya bekerja sebagai kadi.

Sejak dari kecil lagi, Dr. Har bercita-cita menjadi doktor atau guru. Dengan izin Allah, berkat doa kedua ibubapa dan usahanya, Dr. Har berjaya menjadi kedua-duanya.

2. Kerjaya

Kini Dr. Har menjadi tenaga pengajar di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dengan pengalaman lebih 20 tahun sebagai doktor dan membimbing ribuan pelajar perubatan lebih 15 tahun, Dr. Har menekankan kepentingan akhlak kerana baginya akhlak menjadi pembeza utama antara doktor yang mulia dan doktor yang angkuh.

“Harapan saya, setiap pelajar perubatan UKM ada ciri Dr Har pada dirinya iaitu apabila merawat pesakit, mereka menggunakan ilmu dan cara berkomunikasi yang saya ajar serta melemparkan senyuman seperti yang selalu saya ingatkan,” petikan dari Berita Harian.

Sehingga ke hari ini, Dr. Har masih menjadi pensyarah universiti walaupun hakikatnya beliau berpeluang mendapat pendapatan berlipat kali ganda jika bekerja di sektor swasta.

Ini semua kerana Dr. Har mahu terus mengajarkan ilmu perubatan yang begitu tinggi manfaatnya kepada lebih ramai bakal-bakal pengamal perubatan.

Baginya, memberikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain adalah salah satu amalan yang akan berlanjutan pahalanya apabila meninggal dunia kelak, selain dari sedekah jariah dan doa anak soleh.

3. Kehidupan Peribadi

Kisah rumahtangga Dr Har pernah dipaparkan di dalam Utusan Malaysia, bertajuk Bercinta Selepas Kahwin. Ya, Dr. Har bercinta selepas kahwin. Ini kerana Dr. Har dan suami percaya jodoh dan pertemuan telah ditetapkan oleh-Nya.

Dr. Har dan suaminya, Ustaz Zulkifli Ahmad dijodohkan melalui sistem Baitul Muslim (BM) semasa belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh pelajar senior.

Ketika itu Ustaz Zulkifli Ahmad adalah pelajar jurusan Pengajian Islam dalam pengkhususan Al Quran dan Hadis, manakala Dr. Har pelajar jurusan perubatan selepas menolak peluang belajar di luar negara (biasiswa bukan untuk belajar perubatan).

BM adalah cara match make yang islamik, di mana ia diatur oleh pelajar senior dan lanjutan itu, kedua-dua keluarga berkenalan sehinggalah ke jinjang pelamin. Ini penting bagi menjaga batas-batas perhubungan di antara lelaki dan perempuan.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Dr. Har dan Ustaz Zul dikurniakan empat orang cahaya mata, seorang telah meninggal dunia iaitu Ahmad Sofwan Hanif ketika berusia 4 bulan, lain-lain ialah Syifa’ Hana, Muhammad Anwar Syamil dan Deena Sofiyya.

4. Anugerah

Dr. Har menerima pelbagai pengiktirafan sejak zaman sekolah lagi di atas kecemerlangannya dalam bidang-bidang yang diceburi.

Salah satu anugerah yang memberi memori indah buat Dr. Har ialah apabila beliau dianugerahkan Anugerah Saidatina Khadijah sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah di peringkat negeri Selangor.

“Wajar bagi kita menjadikan Saidatina Khadijah sebagai wanita contoh untuk mencapai kecemerlangan kerana banyak contoh teladan yang ada pada isteri Rasulullah itu.

Wanita bukan hanya di taraf kedua. Kita sebenarnya berjalan seiring dan jika mengambil semangat Saidatina Khadijah, kita tahu bahawa perjuangan Rasulullah turut mendapat sokongan kuat Saidatina Khadijah,” petikan dari Berita Harian.

5. Khidmat Masyarakat

Dr. Har cenderung ke arah agama ketika beliau masih di tingkatan tiga. Dr. Har mula muhasabah diri tentang siapa dirinya, apa tujuan hidup, dan apa pengakhirannya nanti. Persoalan-persoalan itu telah membuatkan Dr. Har menjadi cepat matang dan mengutamakan kualiti kerja yang dilakukannya.

Minat dan kesedaran pada agama telah mendorong Dr. Har melakukan pelbagai khidmat masyarakat dan kerja sukarelawan agar dapat membantu masyarakat kembali berpegang teguh kepada ajaran agama.

Dr. Har juga memanfaatkan kemahiran pengucapan awam dan kesarjanaannya untuk kebaikan masyarakat dengan menyampaikan ilmu-ilmu dalam bahasa yang mudah difahami masyarakat.

Bidang pengkhususan Dr. Hari ialah pendidikan perubatan (pengkhususan dalam perkembangan kendiri dan profesional), perancangan keluarga dan kontrasepsi dan kesihatan reporduksi dan seksual remaja dan wanita.

Dr. Har menganggap ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk beri nilai tambah kepada masyarakat.

Antara jawatan dan tanggungjawab yang pernah digalas oleh Dr. Har ialah menjadi Presiden (2009-2011) Malaysian Association for Maternal &Neonatal Health (MAMANEH), Naib Presiden (2009-2011) Jamaah Islah Malaysia, Naib Ketua Wanita (2010-2014) Pertubuhan Ikram Malaysia, dan Pengerusi Lembaga Pengarah Induk Pusat Perlindungan & Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus hSakinah.

Anda boleh mengikuti Dr. Har di drhar.blogspot.com dan drharlinahalizahsiraj.com

http://www.siakapkeli.my/2016/04 ... u-mengenai.html?m=1
Quote ChildrenOfBodom 13-4-2016 11:59 AM
setengah orang bangga sangat dengan title yang tak seberapa..ingt org heran sgt dgn title bodoh tu...kalau dia menegur bdk tu takpa yg p upload bajet baguih tu dafuq was that for?

aku puji beberapa individu yang aku kenai yg ada title Dr, Prof Madya, Prof even Datuk tapi suruh org panggey dia 'kak'' saja..
Quote alieyrina 13-4-2016 12:00 PM
Lor..ingatkan cakap hang aku engkau bagai..buang masa nyaa.... caitttt!
Quote minahsenget 13-4-2016 12:02 PM
x perlu dah upload conversation tu.asyik nak cari mistake org je...nak tarbiyah..last2 diri sendiri yg kena.klu nak tegur jgak just buat general posting kat fb   tu.

Lihat semua komen(522)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.147133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top