CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Ini Terkesan Dengan Kejatuhan Rayani Air, Ketahui Kenapa..

13-4-2016 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7498| Komen: 19

Oleh Adib Za



Dalam banyak-banyak kecaman dan kritikan yang diberikan terhadap syarikat penerbangan Rayani Air baru-baru ini, ada satu status yang menarik perhatian di laman sosial. 

Kata netizen ini, dia berasa terkesan dengan kejatuhan Rayani Air. "Ini salah satu bukti sebuah syarikat yg telah berjaya dilingkupkan dengan kuasa media sosial," katanya.

Walaupun dia mempunyai bisnes yang berbeza, namun impian menjadikan ia berjaya itu satu matlamat yang sama. 

Banyak kelebihan jika seseorang itu berjaya dengan bisnes mereka. "Boleh salur rezeki, boleh create peluang kerja, boleh bantu org lain sara keluarga mereka dan boleh sediakan alternatif yg "halal" kpd semua," ujarnya lagi. 


Sebelum ini, tersebar di laman sosial gambar mesej yang dihantar oleh CEO syarikat penerbangan itu yang merayu kepada staffnya untuk terus bekerja. 

Impak yang dimainkan media sosial ini sangat kuat sehingga boleh meruntuhkan nama, reputasi dan bisnes seseorang. 

"Aku pun pernah nyaris jadi mangsa media sosial utk bisnes Don's Diner waktu viral di media sosial dulu," akui netizen ini. 

Dalam pada itu dia percaya kesilapan diri sendiri dalam menguruskan bisnes, pasti ada. Namun ruang untuk mempertingkatkan diri dan servis seharusnya diberikan kepada mereka ini. 


(Sumber foto: Carian google)




"Percayalah. Tidak ada satu komen negatif yg ditulis secara publik, boleh membantu mana2 perniagaan. Even Maxis pun takut dengan komen negatif di media sosial, apatah lagi bisnes baru nak naik mcm Rayani Air dan Don's Diner ni." 

"Anda rasa puas hati dpt lepaskan royanan anda. Kena pulak ramai yg like dan bagi "thumbs up" tanda setuju kpd pandangan anda. Anda naik tocang lagi bila post anda tu dishare dan jdi viral! Satu komen anda boleh menyebabkan org lain hilang punca rezeki, selama-lamanya," katanya lagi menerusi status di Facebook itu. 

Ada banyak benarnya kata-kata netizen ini. Segala kritikan negatif dan komen di khalayak boleh memburukkan lagi keadaan. 

Mereka ini bukan sahaja dilihat meroyan, malah seronok pula melihat orang lain jatuh dan tersungkur.

Di mana kita dalam hal ini, sama-sama tepuk dada dan lihat diri sendiri semula. Semoga lebih banyak kebaikan yang kita berikan kepada masyarakat, berbanding kritikan pedas sahaja untuk semua isu. -  CARI Infonet
5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 13-4-2016 01:32 PM
kalau pandai handle ok je. tapi dah tamak, perkhidmatan dan pr teruk, hancur jugak
Quote Skuau 13-4-2016 01:44 PM
Yg anda risaukn rezeki anda...rezeki orng,kesusahan org, pernah terfikir....rezeki ke namanya klo diperolehi drp kesusahan orng lain?
Quote belilies 13-4-2016 02:07 PM
Masalahnyaaa.... Itulah dunia perniagaan. There is no such thing as minta kesian. Kalau mentaliti smua bisnesmen mcm netizen ni, xmajulah bisnes kt mesia ni. Asek nak minta kesian je. Kalau service anda bagus, people will demand for urs. Jgn sebis hauk tp minta simpati niaga... Haisssh! Tayah niagalah gituh. Dok umah main pondok je.
Quote UmbrellaCorps 13-4-2016 03:50 PM
fareeda tu org dok viral yg buruk2 pun masih gagah juga org pergi.. camana tu...
Quote tagas 13-4-2016 03:54 PM
dah resam biz nowadays

depa2 ni kena study strategic management, biz ethics, quality mgt etc

yg related dgn theory biz then br depa faham

apa tu zero defect, kaizen etc utk upgrading biz depa seblum starting the biz

jgn amalkan sikap services asal boleh jer

kena ingat zaman da berubah, almost customer are educated & have high expectation

in getting their services&products

so kena jd pedoman la kpd player2 biz n industry yg lain if nak sustain&survive in their industry

Quote Artemesiaa 13-4-2016 04:15 PM
Ini lah risiko buat business zaman sekarang persiangan makin sengit niaga atas belas kesihan susah nak jalan.  Buat business zaman sekarang ni kena ada strategy macam nak gi perang.  Semangat kena betul2 kental untuk berjaya.  Pengguna sekarang dah makin pandai guna kuasa pengguna
Quote ramaramu 13-4-2016 05:27 PM
dia tak handle diorg pny crisis dgn cara yg betul.. rasanya complaint pasal diorg ni bknlah baru sebulan dua.. dah berbulan tp mcm xde feedback dr diorg.. its not solely because of social media diorg jatuh but also power of consumers. just my 2 cents
Quote Nham22 13-4-2016 06:20 PM
Rayani ni org dok complaint sebab kebanyakkan melibatkan masa,tenaga n duit org.... sape2 pon tahan... nak2 lg skrg zaman semue nak ontime..semue nak cepat...
Quote Annehamid 13-4-2016 06:30 PM
Aku pengguna rayani air. rN150 kl -kuc dan rn153 kux -kl. smooth . Earlier than scheduled utk kuc-kl. baru minggu lepas. Aku tgk flight attendant diaorang bagus. Tapi tak sangka tak
Boleh kekal lama. Suppose kurangkan destinasi dulu
Quote gigahertz 13-4-2016 11:31 PM
UmbrellaCorps replied at 13-4-2016 07:50 AM
fareeda tu org dok viral yg buruk2 pun masih gagah juga org pergi.. camana tu...

Tahukahanda court mammort tiada fanpage?
Quote Lagubestbest 14-4-2016 01:52 AM
Flight kalau delay sejam bolehla nak sabar, kalau sampai berjam2, ada yang cancelled bagai.. tu mmg tak patut terjadi la dalam bisnes airliner. Penumpang domestik kebanyakan naik flight sbb nak kejar masa waktu berjaga/ siang (wake time 7am-10pm), balik rumah parents masa weekend, short meeting, connecting flights etc bukan santai macam nak pergi holiday oversea masa lapang sampai sebulan.
Quote fish 14-4-2016 10:20 AM
jgn kata rayani je
mas, airasia, semua pun ada mslh jg

mgu lps officemate aku naik maswing, penerbangan setgh jam je, tp delay setgh hari (tak dpt apa)
aku naik airasia pun pernah delay@batal pnerbangan sampai esoknya (dpt kupon 200, hotel utk bmlm)
mas pun pernah, sepatutnya terbang jam 10 pg, tp delay sampai 4 ptg (dpt lunch nasi ayam je)

itulah kuasa media skrg, tp mslhnya yg buruk2 je dicanang
kdg2 kesian jg
Quote UmbrellaCorps 14-4-2016 11:19 AM
gigahertz replied at 13-4-2016 11:31 PM
Tahukahanda court mammort tiada fanpage?

hahaha... tak ketahuan la pulak... zmn ni even nenek bongkok tiga pun ada facebook, twitter bagai...
Quote manjalara_01 14-4-2016 12:56 PM
belilies replied at 13-4-2016 02:07 PM
Masalahnyaaa.... Itulah dunia perniagaan. There is no such thing as minta kesian. Kalau mentaliti sm ...

stuju...asam garam dunia perniagaan...
x perlu nak explain mcm tu..org malaysia ramai yg dah educated...skrg...

kalau rayani air lingkup semata2 sbb beberape org pengguna sj yg complain kat media social..
x logik la......kalau kes terpencil...majoriti pelanggan x kan terkesan dgn aduan bbrape org tu saje..
sbb die org dpt service yg bgs...

anywho...just nak tanye....ape sebenarnye yg terjadi pd sheila rusdi...
i x follow sgt kisah she allz...tp sbelum ni dengar cerita die ade bukak restoran..
then something bad happen..lepas tu tutup...sampai skrg x bukak2 ape2 restoran..
so ape yg terjadi?...




Quote debab_78 14-4-2016 01:27 PM
Isunya skrg sbb flight asik delay n cancel suka2 hati... kalo xde media sosial pun, org akan ttp mengamuk kalo dh mcm tu masalahnya... :
Quote ALWAYSREDA 14-4-2016 02:34 PM
Kadang-kala ada jugak benda yg tak betul...tapi kalau dah 40 orang kata(doa) benda yang sama..akan jugak jadi betul, dan 40 org tu kat padang mahsyar nanti bolehlah pakat2 cari yg teranaiya tu untuk minta dimaafkan..itupun kalau jumpa.
TUTIP THACANG SAMBIL KUMPUL POIN DI BAHU KIRI
Quote belilies 14-4-2016 05:31 PM
manjalara_01 replied at 14-4-2016 12:56 PM
stuju...asam garam dunia perniagaan...
x perlu nak explain mcm tu..org malaysia ramai yg dah educ ...

Yes betul... Sbb tu skrg ni ada reverse marketing. Trend skrg ni lg ko kutuk a brand, will peak interest pd audience utk cuba. Klu sebis bagus, public akan pickup and jadi mouth to mouth marketing.

Emm.. Psl sheila rusly, last time ye gak pnah dngar dia buka resto. Tp xtaulah wujud lg ke x.
Quote cmf_jeangrey 14-4-2016 09:23 PM
Sebab tu melayu ni bangsa kena buli...sikit2 redha dan pasrah tapi x bertempat
Kalau sekali terkena org maafkan, kali kedua org bg peluang lg
Kalau dah berkali2 terkena? Bodoh lah namanya..
Customer byr tiket tu bukan dpt free...nk berniaga pandai2lah cari ilmu
Bukan harap ihsan org lain
Quote kambeng_masam 15-4-2016 10:15 AM
dah nak biz kena la patuhi adat dunia biz. takde sapa yang akan beri kesian untuk ko naik. Walaupun ianya mungkin external problem, tapi ko sebagai owner yg kena bertanggungjawab, tak mudah putus asa dan sebagainya. Buka biz mmg senang. Ada modal berpuluh juta boleh buka biz besar, tapi jangan sangka mudah untuk handle dan maintain. Harap rayani air boleh naik kembali. Lebih ramai pesaing adalah lebih baik untuk semua.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.088839 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top