CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kini Boleh Mohon Cerai Secara Online Di Aplikasi MySolve, Hanya Di Perak

20-4-2016 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5677| Komen: 33|Original author: STONER


Oleh : Dean BZ


Sejak kebelakangan ini kes cerai dikalangan pasangan suami isteri di Malaysia semakin meningkat terutamanya dikalangan yang beragama Islam.

Dipetik dari Astro Awani, statistik penceraian dari Januari sehingga Jun 2013 mencatatkan sejumlah 22,162 kes manakala jumlah pasangan bercerai tahun 2012 pula adalah sebanyak 47,779 kes. Itu belum lagi dikira kes terbaru bagi tahun 2014 hingga 2016.

Kes tuntutan cerai sudah pastinya bertambah dan pada tahun ini Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai 'MySolve'.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri becerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.


"Menerusi aplikasi itu, pasangan yang ingin mendaftarkan perceraian tidak perlu datang ke Mahkamah Syariah berulang kali kerana semua maklumat berkaitannya sudah disimpan dalam sistem selepas permohonan mereka dibuat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'MySolve' pada 19 April.

Ia dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa'ari Mohd Yazid berkata aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Beliau berkata menerusi MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu berbanding prosedur biasa yang mengambil masa sehingga dua bulan.

"Sehingga kini 34 pasangan telah mengguna pakai aplikasi ini dan terdapat kes yang dapat diselesaikan dalam tempoh sehari sahaja. Aplikasi ini dapat menjimatkan kos serta masa pasangan yang ingin bercerai ketika berurusan dengan Mahkamah Syariah.

"Selain itu ia juga memberi kebaikan kepada mahkamah dalam memastikan pasangan mendapat tarikh sebutan perbicaraan yang sesuai serta dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah dan menjadikan penyusunan penjadualan kes di mahkamah menjadi lebih teratur," katanya.

Asa'ari berkata pasangan yang menggunakan aplikasi itu akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50.


Untuk permohonan boleh klik disini - mysolve.perak.my

Apa pandangan anda tentang adanya aplikasi MySolve, perlukan ia diperluaskan ke seluruh Malaysia? - CARI Infonet.








Sumber - BERNAMA/PerakToday


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

12

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babydoll 19-4-2016 06:01 PM
bagus la cmtu.takyah susah2 nak ulang alik pegi mahkamah..
Quote mak_wa95 19-4-2016 06:03 PM
tahniah perak,negeri pertama..
Quote hayrin86 19-4-2016 06:37 PM
Harap lepas nih Johor, Sabah, Sarawak, Selangor pulak
Quote Johnyblaze87 19-4-2016 08:18 PM
Selangor ada cerai dalam 24 jam je. Lagi power kot.
Quote mak_wa95 19-4-2016 08:44 PM
Johnyblaze87 replied at 19-4-2016 08:18 PM
Selangor ada cerai dalam 24 jam je. Lagi power kot.

huhhh..lagi laju..


Quote peynoTheLegend 19-4-2016 08:57 PM
sentap laa johor
Quote peynoTheLegend 19-4-2016 08:58 PM
hayrin86 replied at 19-4-2016 06:37 PM
Harap lepas nih Johor, Sabah, Sarawak, Selangor pulak

apasal sebut nama johor as pertama tu??
jawa johor kah anda?
Quote cpixie 19-4-2016 09:36 PM
tahniah perak. segalanya dihujung jari
Quote rospinki 19-4-2016 09:42 PM
Payah jugak kalu yg degil xnak cerai
Quote lavasuccess 19-4-2016 10:14 PM
rospinki replied at 19-4-2016 09:42 PM
Payah jugak kalu yg degil xnak cerai

yg degil nak kawin pun ramai....dah masa merisik tgk rumah bakal bini bersepah...masih jugak nak kawin...

last2 sutun pink menyesal curhat online kutuk mertua sendiri...



Quote pr3ttytw33ty 19-4-2016 10:17 PM
ade apps? leh donlod. stenbai incase lh kan. eh lupe belom kawen
Quote kemaruk 19-4-2016 10:21 PM
babydoll replied at 19-4-2016 06:01 PM
bagus la cmtu.takyah susah2 nak ulang alik pegi mahkamah..

Babydodol, kita tak daftar kawen lagi
Quote rospinki 19-4-2016 10:41 PM
lavasuccess replied at 19-4-2016 10:14 PM
yg degil nak kawin pun ramai....dah masa merisik tgk rumah bakal bini bersepah...masih jugak nak k ...

Haha lava..sempay lagi menyemiss..curhat ru apa?
Quote lavasuccess 19-4-2016 10:42 PM
rospinki replied at 19-4-2016 10:41 PM
Haha lava..sempay lagi menyemiss..curhat ru apa?

curahan hati sutun pink yg kecewa tersalah pilih bini...


Quote rospinki 19-4-2016 10:45 PM
lavasuccess replied at 19-4-2016 10:42 PM
curahan hati sutun pink yg kecewa tersalah pilih bini...

Ooo..shortform upanya. Asat org kawen gitu la..asik typo jah dhni mata dh nk tdio
Quote mokcikKSKB 19-4-2016 10:47 PM
hayrin86 replied at 19-4-2016 06:37 PM
Harap lepas nih Johor, Sabah, Sarawak, Selangor pulak

Swak mimpilah...sampai sudah kad kawen pun xdop.kehulu hilir kena bwk sijil nikoh
Quote turboturtle 19-4-2016 10:48 PM
lavasuccess replied at 19-4-2016 10:42 PM
curahan hati sutun pink yg kecewa tersalah pilih bini...

kosa kata baru aku belajar "curhat"

Curhat=curahan hati   ingatkan menatang apa curhat tu
Quote mak_wa95 19-4-2016 10:50 PM
kemaruk replied at 19-4-2016 10:21 PM
Babydodol, kita tak daftar kawen lagi

xpe bangkem, denda paling tinggi 3k jer
(betulke)
Quote lavasuccess 19-4-2016 10:51 PM
turboturtle replied at 19-4-2016 10:48 PM
kosa kata baru aku belajar "curhat"

Curhat=curahan hati   ingatkan menatang apa curhat tu
...

suka tak suka....ramai forumer sebenarnya belajar dan kena ajar dgn wa...




Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.136369 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top