Oleh Fyruz Hanna Berdepan dengan cuaca panas ketika musim Elnino ini, pengguna rata-rata memasang penghawa dingin namun perkara yang tak sedap didengar adalah apabila mereka menerima bil elektik mencecah tiga kali ganda dari kebiasaannya. Kenaikan bil elektrik seakan tidak dapat diterima orang ramai kerana ada yang tetap menggunakan penghawa dingin dalam kadar sama sebelum negara dilanda El-Nino dan turut merasa kenaikan tersebut.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam kenyataan lain mendedahkan rekod penggunaan elektrik negara mencatat paras tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu 17,175 megaWatt ketika waktu puncak. Akibatnya, FB TNB Careline menjadi sasaran orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan bil yang tinggi sejak akhir-akhir ini. Namun, seperti yang dikongsi oleh Mohd Aswad dalam Fb boleh dijadikan panduan mengapa bil elektrik semenjak dua bulan ini meningkat. Saya sertakan satu formula elektric, joule's law H = i^2 x r X t dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus. dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino. contoh mudah: peti ais dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C. so cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram 0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor. dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C. so dalam situasi sama semasa fenomena el nino, 0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan. dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni. beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk. Nak mudah fhm lagi, Bkn peti ais sahaja guna kompressor.. air cond juga sama. kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap x berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita x pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yg kita perlukan terangkan pada pengguna wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik. sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sbb wayar terlalu panas. Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tariff elektrik. harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin byk. Maka harga blok tarif slps itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik shj dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh2 kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik utk rumah tak boleh faham. harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain. -CARI Infonet.
|
22
Bagus |
16
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 21-4-2016 10:47 AM
iolss pn sama..bil bln lps 540
tak mampu nk bayooo full..iolss byr 200 jah..pastu smlm dpt ...
sukacactus replied at 21-4-2016 10:53 AM
Nak buat camna
Dl bwh 200 tp bln lps dah dkt 300
Dl pakai 2 jam sblm tido je
dino replied at 21-4-2016 10:57 AM
why korg punya bil tinggi sgt..... dlm bilik mmg psg... klau cuti almost 24jam on....
bil paling ...
mesmerize replied at 21-4-2016 10:59 AM
rumah aku pun makin naik bil..
biasa 28-38 camtu.. bila el nino ni dari malam ke subuh nak ekon.. k ...
pr3ttytw33ty replied at 21-4-2016 11:06 AM
tade ekon. pakai kipas full speed. bil 25 jah
nini_azmi replied at 21-4-2016 02:57 AM
sy je yg berthn takde ekon kat rumah .dahla tgh preknen ni huhu.bahang yg amat tp.syg nk kuar duit b ...
talapia replied at 21-4-2016 10:57 AM
untungla TNB dalam beberapa bulan ni... penggunaan electric meningkat sebab cuaca. aku kat rumah pon ...
ADVERTISEMENT