CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tinggalkanlah Jawatan Itu" - Bapa Bola Sepak Johor Sindir FAM

22-4-2016 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6401| Komen: 19

Oleh Izzah Abbasy

Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor menasihati Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar "Tinggalkan jawatan itu" kepada seluruh barisan kepimpinan FAM yang disifatkannya semakin ‘tenat’ dan terus hanyut dalam memacu arah tuju arena sukan bola sepak negara.

Menjadi antara 'orang lama' yang banyak menyaksikan episod jatuh bangun serta zaman kegemilangan pasukan kebangsaan, Suleiman tanpa berselindung menuding jari pada kepincangan yang berlaku dalam pengurusan badan induk berkenaan, sekaligus meletakkan Harimau Malaysia tidak habis-habis dirundung episod malang.


Pernah memegang antara jawatan penting dalam FAM suatu ketika dahulu, Suleiman berkata, jika mereka (pengurusan FAM) tidak lagi sanggup melaksanakan tanggungjawab digalas adalah lebih baik mengambil langkah meletakkan jawatan dan menyerahkan tugas tersebut kepada individu yang betul-betul menginginkannya.

Selaku bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suleiman turut meluahkan kekecewaannya berhubung prestasi suram skuad bola sepak negara dengan merujuk kepada kekalahan memalukan 0-10 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 tahun lalu.

“Saya kesian tengok FAM sekarang dan budaknya (pemain) bukan calang-calang orang. Safiq (Rahim) tu tak bagus ke? Kenapa Malaysia boleh ‘terjun’?

“Kalau jadi presiden saya malulah. Ini bukan kalah, ini namanya belasah,” tegasnya. - CARI Infonet

Kredit : Kosmo



30

Bagus
20

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juliez 22-4-2016 10:24 AM
Presiden fam tg abdullah mcm takde function pun. Jarang gila tgk dia buat statement
Quote skinsandstars 22-4-2016 10:52 AM
Hari tu presiden FAM dah hantar surat letak jawatan tapi ajk FAM semua rejek. Katanya khidmat tengku itu masih diperlukan. Kiss ass sgt.
Quote AMDTurion 22-4-2016 01:04 PM
skinsandstars replied at 22-4-2016 10:52 AM
Hari tu presiden FAM dah hantar surat letak jawatan tapi ajk FAM semua rejek. Katanya khidmat tengku ...

aik presiden mintk kejer dgn ajk nyer kah?
Quote skinsandstars 22-4-2016 01:12 PM
AMDTurion replied at 22-4-2016 01:04 PM
aik presiden mintk kejer dgn ajk nyer kah?

Cuba baca betul2 apa ai tulis and hadamkan betul2 before komen.
Quote nour2001 22-4-2016 01:16 PM
Sebab semuanya gila jawatan dan $$$ ..kalu berenti miss soru...
Quote aHoi83 22-4-2016 01:16 PM
Bubarkan aje FAM n pemain. Build je new team yg terdiri dari pelapis muda dr sekolah rendah. Tkpe la bangun dari bawah balik dari sentiasa dpt malu dibelasah je.
Quote amira_safia 22-4-2016 01:28 PM
juliez replied at 22-4-2016 10:24 AM
Presiden fam tg abdullah mcm takde function pun. Jarang gila tgk dia buat statement

Presiden ni banyak ikut AJK, ingat lagi presiden cakap pasal jurulatih Malaysia Dollah Salleh, dia tak nak Dollah tapi pegawai2 teknikal yang nak amik ... so kuasa tu tak ada pada dia ... ada juga macam tu kan ... baik step down jelah ... ... pegawai2 yang lain tu pun macam lahanat je, agaknya duit gaji banyak dapat kot itu yang sayang sangat nak lepaskan ...
Quote bluehedgehog 22-4-2016 02:18 PM
"tinggalkan jawatan" tidak wujud dalam kamus pemerintahan kerajaan/badan kerajaan di malaysia
Quote ra5101 22-4-2016 02:38 PM
Wooiittt ingat senang ker nak jatuhkan pemimpin dari pahang. Diorang ni hati kering.
Quote AGSA 22-4-2016 03:19 PM
pegawai2 sume dah confort zone...tu laa xnk ltak jawatan...duit mgaburi mata...malaysia kalah pon tetap bertenggek jgk xnk lpskn jwtan...puihh
Quote AMDTurion 22-4-2016 03:22 PM
skinsandstars replied at 22-4-2016 01:12 PM
Cuba baca betul2 apa ai tulis and hadamkan betul2 before komen.

dah dia nak resign pun ajk x bagi...apatah lagi masa dia nak melobi masa nak jd presiden.

itu maksud i.
Quote AMDTurion 22-4-2016 03:22 PM
skinsandstars replied at 22-4-2016 01:12 PM
Cuba baca betul2 apa ai tulis and hadamkan betul2 before komen.

maaf2..terpost dua kali plak.
Quote lavamasyhur 22-4-2016 05:26 PM
dulu ada sekor mod kata nak brenti jadi mod...kecoh buat poll d 2 3 kali...

sampai sekarang mod tu tak letak jawatan...

munafik punyer samdol...cakap tarak serupa bikin...

tarak integriti jadi manusia betul la...tarak prinsip punyer samdol.



Quote ultra78 22-4-2016 05:38 PM
FAM tempat cari makan. Kerja sampai pencen atau mati. Prestasi tolak ke tepi

Quote sgbuloh 22-4-2016 05:43 PM
dalam kamus bahasa FAM.. 'tinggalkan jawatan' bermakna 'pegang kuat2 jawatan tu sampai mati..'
Quote skinsandstars 22-4-2016 06:08 PM
AMDTurion replied at 22-4-2016 03:22 PM
dah dia nak resign pun ajk x bagi...apatah lagi masa dia nak melobi masa nak jd presiden.

itu m ...

Tu lah. Pelik la sistem FAM ni.
Quote Skuau 23-4-2016 01:12 AM
Patutnya TMJ jd presiden klo nk tengok M'sia boleh menang Piala Dunia....
Quote bunnyhoney 23-4-2016 02:11 AM
Nasib baik pencen skrg limit 60..klu dak mau ada yg keja sampai mati kat kerusi...
Quote peynoTheLegend 23-4-2016 03:06 AM
Skuau replied at 23-4-2016 01:12 AM
Patutnya TMJ jd presiden klo nk tengok M'sia boleh menang Piala Dunia....

tu sebenarnya  jawa johor tu nak cakap

dulu masa dia dlm fam tak berdecit pon

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.078115 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top