CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tips Membuat Anak Gembira Cuti Bersama Ibu-bapa!

22-4-2016 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1911| Komen: 0


Oleh : TS LOO


Ibu bapa pasti gembira jika percutian disertai anak-anak kerana selain dapat membuat mereka gembira, percutian dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Namun, kanak-kanak mudah bosan terutama apabila perlu menunggu tanpa melakukan sebarang aktiviti. Berikut beberapa tip bagi memastikan kanak-kanak kekal gembira sepanjang percutian.


- Terima idea mereka
Ketika merancang percutian, bincang bersama anak-anak yang mengikuti percutian itu supaya mereka turut teruja. Berikan mereka peluang memberi pendapat mengenai lokasi yang bakal dituju atau aktiviti yang ingin dilakukan. Dengan ini, mereka akan seronok dan tidak sabar bercuti bersama anda.


-Bawa snek dan mainan
Perjalanan yang panjang atau waktu menunggu yang membosankan mempe-ngaruhi keseronokan atau mood kanak-kanak. Berikan beg galas mengikut saiz yang sesuai untuk membawa snek dan mainan supaya mereka tidak bosan atau penat menunggu.


-Beri suasana rumah
Kadangkala kanak-kanak sukar menyesuaikan diri atau tidur di lokasi. Bawa bersama bantal tidur atau selimut mahupun cawan atau botol air kegemaran mereka. Ia bukan saja membuat kanak-kanak selesa, malah memberi sentuhan seperti berada di rumah.


-Cuba sesuatu yang baru
Bercuti adalah peluang melakukan aktiviti yang baru atau yang jarang dilakukan terutama apabila berkunjung ke luar negara. Lakukan sesuatu yang baru seperti menaiki ‘tuk tuk’ di Thailand kerana ia tiada di negara kita. Ia bukan saja memberi pengalaman baru, malah kanak-kanak teruja melakukan aktiviti berkenaan.



-Rakam memori bersama
Setiap kali melakukan aktivit atau mengambil gambar, jangan lepaskan peluang merakam detik indah itu bersama anak-anak. Berikan mereka peluang mengambil gambar sendiri atau memilih ‘shot’ terbaik. Dengan itu, kanak-kanak bukan saja rasa dihargai, malah memori percutian itu menjadi lebih dekat dan bermakna.- CARI Infonet





sumber info : HarianMetro

14

Bagus
24

Marah
17

Terkejut
23

Sedih
15

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.049385 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top